Saturday 31 July 2010

Majlis Penyerahan Fail Mantan Ahli Majlis


Malam tadi saya menerima penyerahan fail tanda peralihan tugasan dari mantan ahli majlis Zon 3, Yang Berbahagia Datuk Madzlan Hassan.

Hadir sama adalah Penghulu Mukim Batu, Ketua Balai Polis Selayang Baru dan jawatankuasa penduduk (JKP) Zon 3.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Madzlan dan barisan kepimpinan JKP yang lama di atas segala sumbangan mereka dalam melaksanakan kerja-kerja ahli majlis dan JKP Zon 3.

Friday 30 July 2010

Mesyuarat Penuh MPS, Aduan dan Tazkirah

Hari ini mesyuarat penuh ahli majlis MPS. Diputuskan bahawa saya menjaga Zon 3 Selayang Baru. Saya juga memegang portfolio perlesenan, audit dan pelaburan


Saya juga telah menyerahkan 4 aduan yang saya terima. 3 dari aduan tersebut mendapat respons segera khususnya dari En. Azmi (Penguatkuasaan) dan En. Osman (Kejuruteraan). Berikut adalah rujukan aduan:

AMH/001/2010 :

Aduan berkenaan bangunan yang didirikan tanpa kelulusan MPS di Selayang Indah.

Tindakan : Pihak penguatkuasa bersama Jabatan Bangunan akan mengadakan operasi meruntuhkan bangunan tersebut (En. Azmi)

AMH/002/2010:

Aduan berkenaan pengusaha ayam di Sg. Plong yang sepatutnya berpindah

Tindakan : Tiada maklum balas dari MPS

AMH/003/2010:

Aduan kegiatan perjudian di Kundang

Tindakan : Akan disiasat bersama PDRM (En. Azmi)

AMH/004/2010 :

Aduan berkenaan penurapan jalan untuk Lorong Beringin Kuang

Tindakan : Ambil Maklum (En. Osman)

Sempena hari Jumaat saya telah menyampaikan tazkirah, khatib dan imam jumaat di Mesjid At-Taqwa Selayang Baru.

Wednesday 28 July 2010

Mesyuarat Majlis Berbuka Puasa & Edaran Bubur Lambuk


Malam ini saya menghadiri mesyuarat anjuran Jabatan Penerangan Negeri Selangor yang diwakili sdra Asri yang juga merangkap pembantu kepada YB William Leong MP PR Selayang.


Mesyuarat membincangkan jadual berbuka Puasa oleh YB William dan juga edaran bubur lambuk bagi daerah DUN Kuang


Bagi DUN Templer edaran akan menyusul selepas selesai di DUN Kuang, insyALLAH saya akan usulkan semasa mesyuarat bersama JPrD DUN Templer

Analisa Keputsan PRU12 DUN Templer


Pembentangan oleh unit risik Pakatan Rakyat berkenaan keputusan PRU12 untuk DUN Templer


Tn. Hj. Muhammad YDP Selayang merangkap Penyelaras DUN Templer sedang memberi pandangan dan input berkenaan pembentangan berkenaan


Antara Think-tank pemuda yang hadir

Sunday 25 July 2010

Parlimen Bubar Lepas Raya ?

Angkasanuri

Saya merasakan tanda-tanda pembubaran parlimen lebih awal dari tempoh sepatutnya pada tahun 2012 semakin nyata. Isu-su dalam negara tidak memungkinkan Umno-BN boleh bertahan sehingga 2012.

Kes penyiasat persendirian dalam isu Altantuya yang kini disiasat polis Peranchis bakal menggegarkan politik dalam negara dan antarabangsa . Ada sesuatu yang bakal diumumkan oleh pihak berkuasa Peranchis tentang hasil siasatan kaitan skandal dan penyelewengan yang berlaku dalam isu pembelian kapal selam yang didakwa melibatkan kepimpinan tertinggi negara.

Kegawatan ekonomi dan ketidakmampuan kerajaan 1Malaysia menanganinya menjadi faktor pendorong parlimen akan dibubarkan awal. Negara berada dalam keadaan cukup gawat dan agak tenat. Kerajaan Umno-BN tidak mampu menyerap kegawatan yang berlaku. Maka subsidi terpaksa ditarik balik atau dikurangkan. Bermakna inflasi akan melambung apabila keperluan pengguna terjejas. Kalau Umno-BN bertindak sebelum pilihanraya alamat Umno-BN berdepan risiko kalah lebih teruk dalam pilihanraya. Jadi langkah selamat, bubar parlimen untuk mendapat atau menguji mandat rakyat walaupun sedar ia sangat berisiko.


Serangan media massa melalui cetak dan elektronik yang sentiasa menipu dan mengampu mengingatkan saya inilah senario yang selalu berlaku apabila pilihanraya umum semakin hampir. Apa yang dilakukan menunjukkan Umn0-BN cukup kemaruk dan terdesak untuk mengekalkan sisa-sisa kuasa yang tinggal.

Perbicaraan Dato Seri Anwar Ibrahim yang semakin menuju ke kemuncaknya akan menjadi 'tali hayat' Umno untuk menyerang Pakatan Rakyat. Saya yakin ramai yang sudah dapat menduga keputusannya. Dalam keadaan segala saksi dan bukti cuba disembunyikan serta pelbagai kepincangan lain dalam perbicaraan semua menjurus untuk mengheret DSAI sekali lagi ke Sungai Buloh. Ikat jamin akan dinafikan, DSAI akan diaib dan dimalukan secukupnya. Pakatan Rakyat akan diserang habis-habisan. Itu situasinya, maka ketika itu parlimen akan dibubarkan.

Banyak lagi lagu lama dan gendang pilihanraya mula dimainkan oleh Umno-BN. Walau bagaimanapun saya cukup optimis rakyat cukup matang untuk menilai dan memilih pemimpin mereka. Pakatan Rakyat kini berada dalam situasi yang cukup bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan, serangan dan taktik kotor Umno-BN.Jika kerjasama dan perpaduan dalam Pakatan Rakyat dapat dikekalkan, momentum sokongan rakyat dapat dipertahankan saya rasa tidak mustahil walaupun agak sukar untuk merealisasikan misi menawan Putrajaya akan menjadi kenyataan.

http://angkasanuri.blogspot.com/

Pertemuan dengan JPrD Kuang



satu pertemuan dengan ketua-ketua cawangan dan ketua kampung Pas dalam DUN Kuang telah diadakan malam tadi dalam rangka mengkemaskan organisasi Parti. Satu ketetapan telah dibuat untuk sama-sama menggerakan daftar pengundi sehingga matlamat Program Pendemokrasian Negara tercapai.
Saya mengambil kesempatan untuk menerangkan tugasan ahli majlis dan bagaimana ketua-ketua cawangan dan ketua kampung dapat membantu kerja-kerja ahli majlis walaupun saya bertugas di Zon 3 Selayang Baru. Borang-borang aduan telah diedarkan.

Saturday 24 July 2010

Bertemu penduduk di Zon 3 Selayang Baru


Bersama tn Hj. Muhammad Abd Rahman Penyelaras DUN Templer menyampaikan sumbangan kepada skim warga emas, TAWAS, dll


Wakil YB William Leong menyampaikan sumbangan kerajaan PR Selangor

Thursday 22 July 2010

Kecewa MPS tidak bertindak


Pada jam 8.00 pagi 21hb. Julai 2010, saya telah menghantar SMS kepada Urusetia MPS berkenaan sebatang pokok yang tumbang di Lorong Beringin yang amat membahayakan pengguna jalan berkenaan. saya menghantar SMS ke Urusetia kerana saya masih belum tahu siapa yang perlu saya hubungi berkenaan perkara di atas.

Sekembalinya saya dari urusan di pejabat SUK jam 3.00ptg saya masih dapati keadaan masih sama. Saya hubungi sekali lagi MPS dan dimaklumkan bahawa Urusetia telah memanjangkan aduan saya kepada Jabatan Taman dan Rekreasi. Saya juga meminta no. tel jabatan dan pengarahnya. Saya telah menghantar SMS bergambar kepada pengarah jabatan berkenaan En. Mokhtar Affendi untuk tindakan beliau.

Jam 6.00ptg saya dapati pokok sudah ditebang. Saya mengagak MPS telah mengambil tindakan sepatutnya.

Pagi ini 22hb. Julai, saya dikunjungi oleh Tn. Hj. Zulkefli, Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPS yang melawat kerja-kerja yang dijalankan oleh seorang kontrektor, En. Omar yang tinggal di lorong berkenaan. Apabila saya bertanya En. Omar beliau memaklumkan bahawa MPS tidak datang tetapi penebangan diuruskan oleh ketua kampong Tn. Hj Taufik.

Saya amat kecewa.



Tuan Hj. Zulkifli memaklumkan bahawa Jabatan berkenaan hanya menguruskan taman sahaja. Apakah kenyataan tn hj Zul benar, jika ya kenapa tidak maklumkan kepada saya.

Monday 19 July 2010

JKKK persoal struktur binaan



SELAYANG INDAH – Pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Selayang Indah di sini berharap pihak berkenaan dapat memantau kerja pembinaan struktur bangunan kekal dalam kawasan tanah rizab.

Pengerusinya, Masrom Kapil berkata, sejak dua bulan lalu terdapat kerja pembinaan yang dimulakan berhadapan Dewan Orang Ramai, Kampung Selayang Indah.

Menurutnya, bagaimanapun hasil semakan pihaknya mendapati kawasan dekat Pasar Borong Selayang itu terletak dalam tanah Sijil Menduduki Sementara (TOL), selain sebahagiannya memasuki rizab jalan dan longkang.

“Tanah berkenaan pada asalnya digunakan sebagai tempat nurseri pokok. Tetapi kini pihak berkenaan seperti hendak membina bangunan kekal yang setahu kita belum mendapat kelulusan pihak berkuasa.

“Kami harap pihak bertanggungjawab buat pantauan kerana selain memasuki tanah rizab, struktur didirikan juga boleh menyebabkan lebih banyak kemalangan berlaku kerana kedudukannya yang dekat dengan selekoh,” katanya.

Masrom berkata demikian kepada Sinar Harian semasa perbincangan berkaitan dengan sebahagian jawatankuasa JKKK Selayang Indah, di dewan orang ramai di sini.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya dimaklumkan bahawa pihak penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pernah mengambil tindakan kompaun terhadap pembinaan struktur bangunan itu. “Untuk pengetahuan, kita memang langsung tidak dimaklumkan mengenai pembinaan struktur bangunan ini dan kita tidak tahu ia didirikan untuk apa.

“Jadi, kami ingin menafikan memberikan kebenaran untuk mendirikan bangunan. Malah bekas ahli majlis MPS, Datuk Mazlan Hassan sebelum ini pun telah memanjangkan aduan kepada MPS,” katanya.

Masrom berkata, bagaimanapun pembinaan tetap dijalankan, malah pihaknya mendapati pagar pengadang jalan selekoh simpang berkenaan juga dibuka.

Menurutnya, jika bangunan berkenaan tiada kebenaran, sepatutnya MPS harus mengambil tindakan roboh sebelum bangunan binaan itu siap sepenuhnya.

“Sebenarnya simpang berkenaan selalu berlaku kemalangan. Sebelum ini kita cadangkan supaya kawasan itu dijadikan tempat letak kereta sahaja,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS, Azmi Ismail ketika meninjau ke tapak dimaksudkan, Jumaat lalu, tidak menafikan pihaknya pernah mengeluarkan kompaun kerana bangunan didirikan tanpa kebenaran.

Tinjauan ke tapak dimaksudkan mendapati terdapat notis di zink pengadang pembinaan mengenai Cagaran Pelan Bangunan dibayar sebanyak RM1,000, bertarikh 2 Julai 2010 kepada pihak MPS.

Keterangan notis ditampal menyebut Cagaran Pelan Bangunan bagi permohonan permit tahunan sementara untuk membina satu unit bangunan satu tingkat (semaian bunga) atas tanah kerajaan, Jalan Besar Selayang Indah.

Sementara Yuran Proses Pelan RM200 dibayar, namun notis turut menyebut notis ini bukan satu kelulusan.

Hari-hari yang sibuk


9.00mlm : Mesyuarat Jabatan Pilihanraya Negeri di Shah Alam. Pas Selangor berjaya mendaftarkan lebih 20,000 pengundi baru. Syabas!


4.30ptg hi-tea bersama YB William Leong ahli parlimen Selayang bagi meraikan Ahli Majlis MPS yang baru dan mantan Ahli Majlis


3.00ptg taklimat berkenaan hak dan tanggungjawab sebagai Ahli Majlis oleh Tuan Tengku Zulpuri kepada Ahli Majlis yang baru. Tuan Tengku Zulpuri berbaju batik. Terima kasih Tengku


9.00pagi Merawat dan menyiapkan bilik pejabat Ahli Majlis di sebuah bilik yang disewa dari Pusat Rawatan Islam Nur Ehsan

Saturday 17 July 2010

Program Keibu-bapaan

En. Saharudin (YDP PIBG SMK Bkt Gading), Prof. Dato' Dr. Sidek Baba (Ahli Panel), Ust. Wan Shohor Bani Leman (Ahli Panel), Saya (Moderator)



Bersama AJK PIBG dan guru-guru kanan SMK Bukit Gading

Majlis Angkat Sumpah


Sebahagian dari ahli majlis bergambar dengan YDP MPS Dato' Zainal Abidin Azim



YDP memulakan majlis angkat sumpah

Tuesday 13 July 2010

Laporan Polis



13hb. Julai 2010

Laporan Polis : Penyalahgunaan dan Penipuan Telefon no. 017-3623934

Adalah saya ABDUL MAJID BIN HASAN no. kad pengenalan 610326**** beralamat di Lot 2894 Lorong Beringin, Kuang, 48050 Rawang. Saya adalah seorang pengamal perubatan Islam di tempat yang sama membuat laporan:

Pada jam lebih kurang 12.00 tengahari hari ini saya menerima panggilan dari kakak saya yang meminta nombor akaun saya untuk memasukan wang sebanyak RM500.00. Kakak saya memberitahu saya kononnya suaminya telah menghubungi saya dan saya telah meminta wang sejumlah berkenaan sebagai bayaran sebelum saya merawat anaknya (anak saudara saya).

Saya menafikan sekeras-kerasnya ada meminta wang berkenaan.

Apabila disiasat, abang ipar saya telah menghantar sms ke 017-3623934 nombor telefon isteri saya NORLEZA BINTI NAMIN No kad pengenalan 641205*****. Isteri saya telah memohon kepada Maxis untuk menukar dari “post paid” kepada “pre-paid” sebulan yang lalu di pejabat Maxis, Pasar Borong, Selayang Baru tetapi sehingga kini belum diluluskan oleh pembekal talian berkenaan. Oleh yang demikian nombor ini telah lama tidak kami gunakan.

Saya telah meminta beberapa rakan untuk juga melakukan sms kepada nombor yang sama, ternyata pengguna berkenaan meminta antara RM300.00 ke RM500.00 di masukan ke akaun Maybank bernombor 162021440449. Apabila saya cuba membuat pembayaran secara on-line akaun ini dimiliki oleh seorang yang bernama MOHAMMED FADZIL BIN (Lihat lampiran).
Saya mengesyakki pemegang no. telefon ini telah mendapat wang yang banyak dari orang ramai dan saya dituduh sebagai penipu dan lintah darat. Ini akan menjatuhkan maruah saya sebagai pengamal perubatan Islam terutama sekali apabila pusat rawatan saya tersiar dalam rancang tv Astro 2 minggu yang lalu.

Saya dengan ini menegaskan bahawa saya tidak bertanggungjawab atas kehilangan dan penipuan wang yang dilakukan oleh pemilik no. telefon ini. Saya meminta pihak polis menyiasat dan melakukan tindakan selanjutnya demi menjaga kepentingan semua pelanggan perkhidmatan rawatan saya.

Yang benar,


Abdul Majid Bin Hasan
610326******

Sunday 11 July 2010

Tanggungjawab sebagai ahli majlis




Antara peranan dan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan ahli majlis adalah seperti berikut:-

(a) Sebagai penyampai dan jurucakap PBT

Penglibatan mereka adalah untuk mewakili kepentingan-kepentingan orang ramai dan masyarakat setempat. Mereka dianggap sebagai alat untuk menyampaikan kehendak orang ramai atau mendapat maklumbalas dari orang ramai terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh PBT dan yang bukan berasaskan perkhidmatan. Mereka juga bertindak selaku jurucakap dan jentera penerangan kepada PBT.

Apabila sesuatu dasar atau tindakan yang melibatkan orang ramai hendak diambil adalah menjadi tanggungjawab ahli majlis memberi kefahaman dan penjelasan. Ini mungkin termasuk penjelasan mengenai pengutipan cukai, kesedaran menggunakan segala kemudahan sosial yang disediakan, sebab-sebab sesuatu perkhidmatan tidak dapat disediakan dengan lebih memuaskan dan lain-lain.

(b) Membentuk dasar

Biasanya dasar yang dibuat oleh PBT mestilah dikaitkan dengan kehendak dan matlamat dasar negara seluruhnya. Memandangkan dasar merangkumi aspek-aspek yang luas maka ianya memerlukan pengalaman dan pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu perkara yang hendak dijadikan dasar. Tujuannya bagi menjamin dasar yang dibentuk oleh PBT tidak banyak menimbulkan sungutan di kalangan orang ramai dan juga pihak kerajaan. Untuk mencapai tujuan ini, ahli majlis hendaklah tahu dasar kerajaan supaya dasar PBT tidak bercanggah dengan dasar kerajaan pusat dan negeri.

(c) Menyemak kemajuan pengurusan pentadbiran PBT

Ahli majlis hendaklah menentukan bahawa pengurusan pentadbiran berjalan mengikut prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh PBT dan kerajaan. Ini termasuk:-

(i) membahas dan meluluskan anggaran belanjawan.

(ii) mengambil kakitangan baru atau penambahan jawatan baru selaras dengan dasar Kerajaan.

(iii) kekesanan projek, perlanjutan atau penangguhan sesuatu projek yang didapati tidak sesuai.

(iv) peruntukan dibelanjakan mengikut keutamaan.

d) Membuat dan meluluskan Undang-Undang Kecil

Undang-Undang Kecil dibuat dengan tujuan untuk mengatasi pelbagai masalah seperti Undang-Undang Kecil mengenai mengkompaun kesalahan, iklan, tempat letak kereta, bayaran pelan, taman dan lain-lain. Undang-Undang Kecil ini dapat menentukan perihal dan peraturan atau tatacara sesuatu aktiviti itu ditadbirkan dengan cemerlang. Adalah menjadi tugas ahli majlis untuk mengadakan Undang-Undang Kecil ini supaya dapat dijadikan asas dan panduan oleh pihak pengurusan untuk bertindak dalam menyelesaikan sebarang masalah.

Ahli majlis perlu memainkan peranan yang lebih aktif di dalam perancangan dan pembangunan PBT. Ahli majlis perlu mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti-aktiviti PBT terutamanya di dalam mesyuarat-mesyuarat dan kumpulan-kumpulan kerja. Penglibatan begini boleh dilakukan dengan menghadiri setiap kali mesyuarat Majlis Penuh (Full Council) diadakan. Ini kerana ianya sebagai organisasi PBT yang terpenting sekali.

Perbincangan-perbincangan yang menghendaki semua ahli majlis menghadirinya tanpa ponteng adalah mengikut Seksyen 20 dan 21 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Perbincangan ini merupakan mesyuarat biasa PBT yang mesti diadakan tidak kurang dari sekali sebulan.

Ahli majlis juga dilantik menduduki mana-mana jawatankuasa bersama dengan lain-lain anggota yang dilantik. Ia melibatkan kerja-kerja perancangan dan polisi di peringkat awal. Keputusan-keputusan yang dicapai perlu dibawa kepada mesyuarat Majlis Penuh untuk diterima atau ditolak sebelum sebarang perakuan dilaksanakan oleh pihak pengurusan.

Ahli majlis perlu memainkan peranan sebagai "pemeriksa" terhadap kuasa dan budi bicara Yang Di Pertua (YDP), pegawai dan kakitangan PBT dalam menjalankan tugas. Ianya penting untuk memastikan sistem yang ada tidak akan memberi ruang kepada perlakuan salah guna kuasa dan terdedah kepada rasuah, semasa membuat keputusan. Tujuannya memastikan etika perkhidmatan awam dapat dibudayakan secara berterusan. Ini disebabkan banyak perkara yang berlaku di dalam pengurusan PBT yang menimbulkan keraguan oleh rakyat dan secara umumnya tempias tiada ketelusan dan rasuah mengakibatkan imej ahli majlis terbabit sama.

Penglibatan secara tidak langsung iaitu melalui pergaulan seharian untuk menerangkan kemajuan-kemajuan yang dicapai, masalah yang dihadapi, polisi-polisi dan sebagainya untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai, adalah amat penting di dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab ahli majlis yang berwibawa.

Ahli majlis tidak berupaya bertindak secara peribadi dan persendirian di atas satu-satu hal yang menjadi dasar atau polisi kepada sesuatu PBT melainkan melalui keputusan sesuatu mesyuarat. Jika ini berlaku, ia akan mengakibatkan kemarahan rakyat seperti yang berlaku baru-baru ini. Integriti yang tinggi perlu disemat sepanjang masa memegang jawatan ahli majlis.

Setiap ahli majlis perlu memahami peranan dan tanggungjawabnya melalui pemahaman dan mendaulatkan perundangan. Kehendak perundangan mestilah dipatuhi untuk menjadi contoh kepada rakyat. Antara perundangan tersebut ialah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Perancang Bandar dan Desa, dan Undang-Undang Kecil PBT.

Mungkin pihak pentadbiran PBT dapat membekalkan kepada ahli majlis naskah perundangan tersebut sebagai panduan dan pedoman sepanjang menjalankan tugas. Ini penting bagi memastikan ahli majlis bernilai dan dipandang mulia oleh pembayar cukai.

Ahli majlis juga wajib mengetahui mengenai objektif penubuhan PBT serta keutamaan-keutamaan yang diperlihatkan. Ini adalah untuk menentukan bahawa tindakan ahli majlis adalah bersesuaian dan selari dengan semangat objektif dan matlamat yang sedia ada. Ahli majlis juga diwajibkan mengetahui objektif, matlamat dan dasar-dasar Kerajaan Pusat seperti Rancangan Malaysia Ke 10. Ini adalah penting untuk menentukan bahawa dalam sebarang tindakan yang dilakukan, kepentingan dasar negara perlu diutamakan.

Ahli majlis juga mesti memahami matlamat dan rasional sesuatu tindakan yang diambil untuk mengelakkan sebarang percanggahan tindakan di antara ahli majlis dan PBT. Misalnya urusan penilaian semula harta hendaklah dianggap bukan semata-mata untuk mendapat hasil tetapi adalah untuk tujuan pendaftaran harta, mendapatkan jumlah nilaian harta kawasan dan kegunaan perancangan Majlis.


Penglibatan yang jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh oleh ahli majlis sebagai pembuat dasar (policy makers) dan penasihat kepada PBT perlu ada pada setiap ahli majlis supaya kekesanan peranan ahli majlis dapat dilihat serta dapat menyumbangkan kepada pembangunan PBT.

Walaupun peranan dan tanggungjawab ahli majlis dilihat agak berat untuk dilaksanakan kerana mereka berkhidmat mengikut sistem penggal, namun kecemerlangan perkhidmatan tidak boleh diukur dan dibatasi dengan faktor masa. Perkhidmatan cemerlang kepada komuniti akan tetap disanjung walaupun berkhidmat selama satu penggal. Ini kerana ahli majlis telah memperakui terima jawatan yang ditawarkan oleh kerajaan negeri.

Saturday 10 July 2010

Merasmikan Mesyuarat Penubuhan Pas Cawangan Blok 18 Green Valley



Pagi ini saya bersama sdra Ijhar Sakio selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya DUN kuang diundang untuk merasmikan mesyuarat Agong Penubuhan Pas cawangan Blok 18, Green Valley, Tasek Puteri.

Cawangan ini baru sahaja diluluskan oleh ROS setelah 2 tahun permohonan diajukan kepada jabatan ini. Apakah ini sebagai taktik pemerintah untuk melambatkan kemaraan PAS, wALLAHu'alam.



Mesyuarat dihadiri oleh ramai ahli yang rata-rata dalam lingkungan pemuda. Potensi PAS berkembang amatlah baik. alhamduliLLAH


Friday 9 July 2010

Watikah Sebagai Ahli Majlis


Pada malam tadi suatu majlis penyerahan watikah sebagai perlantikan ahli majlis bagi semua bakal penjawat ahli majlis dari PAS Selangor di Hotel De Palma Ampang. Seramai lebih kurang 70 orang ahli Pas telah disenaraikan sebagai ahli majlis di 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluroh Selangor. Ini merupakan 20% dari keseluruhan ahli majlis PBT negeri Selangor. Maknanya PAS hanyalah minoriti dalam pentadbiran PBT.

Majlis penyempurnaan watikah telah sampaikan oleh Dato' PJ Dr. Hasan Ali, yang antara lain menggambarkan bahawa ahli majlis adalah kerajaan ketiga setelah kerajaan pusat dan negeri. Dato' juga memperingatkan agar ahli majlis berperanan semaksimum mungkin sehingga ahli yang minoriti ini menjadi majoriti dalam kerja-kerja PBT. Beliau berharap ahli majlis membuat kajian dalam semua aspek bagi mencapai tujuan ini.



Sebelum program ini, saya telah dipanggil oleh pihak MPS untuk mengisi borang dan penyerahan gambar sebagai ahli majlis. Saya dimaklumkan bahawa majlis angkat sumpah akan diadakan pada 14hb.Julai dan pertemuan dengan MB pada 20hb. Julai ini.

Maka selepas detik ini, saya mula memegang amanah ini. Pada MU ya ALLAH hambamu memohon kemudahan dan keberkatan sepanjang memegang amanah ini.

Kepada pucuk pimpinan PAS kawasan dan negeri yang telah memberi kepercayaan kepada saya, jazakALLAH, pandu dan bantulah saya dalam mewakili amanah jemaah ini.