Sunday 22 August 2010

Edaran Bubur Lambuk dan Pelancaran Buku

Kelmarin saya bersama saudara Norasyraf dan para belia dari PeBT (Penggerak Belia Tempatan) terlibat dalam program Sumbangan Bubur Lambuk bertempat di Selayang Indah. Sambutan amat menggalakan di mana bubur lambuk habis bersih dalam tempoh satu jam

Mudah-mudahan program sebegini merapatkan ukhuwah semua yang terlibat. Syabas kepada PeBT dan semua yang menjayakan program ini.

Selepas berbuka puasa saya dijemput oleh Persatuan Kesenian Kaum India untuk terlibat sama dalam pelancaran buku sejarah pemimpin kaum India iaitu Tun Sambanthan (kalau tak silap saya!). Kemudian saya bekejar ke Madrasah Al-Falah di Jalan 30, Selayang Baru bermesra dengan ahli kariah sambil menunaikan solat terawikh di sana

Saturday 21 August 2010

Mesyuarat Pertama JKP Zon3

Pengerusi JKP bersama Naib Pengerusi Tn. Hj. Zulkefli

Dari kiri: Cikgu Rozi, Hj. Masrom, En. Tan, Pn. Habibah, Pn. Zainab, En. Hasbollah, Tok Zainal, Sdra. Ahmad (penyelaras kutipan pasar), Sdra Wan. Zulkefli



Beberapa ahli JKP yang lain
AlhamduliLLAH mesyuarat pertama JKP telah berjaya dijalankan bertempat di Restoran Pak Tam Bandar Baru Selayang.
Perlantikan jawatan Naib Pengerusi (Tn. Hj Zulkefli), Setiausaha (Sdra. Jamaludin), Bendahari (Sdra. Wan Zulkefli) dan penyelaras pasar (Sdra. Ahmad Nordin) telah dipersetujui sebulat suara.
Dua tugasan telah dikenalpasti iaitu mengadakan tinjauan kedai-kedai yang menjual minuman keras dan kaedah menyeluruh menyelesaikan masalah banjir di Zon 3

Thursday 19 August 2010

Lorong Beringin - 20 tahun tidak diturap

Seperti manusia yang lain adakalanya kesukaran yang kita hadapi harus juga diperbandingkan dengan kesukaran orang lain.

Mungkin ada di antara kita yang belum merasa jalan bertar walaupun negara kita telah merdeka lebih dari 50 tahun.

Rumah saya di antara yang baru sahaja mendapat jalan tar walaupun telah diduduki 20 tahun yang lalu, mungkin kerana rumah ini dibina tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan walaupun terdapat 20 lot rumah disepanjang jalan. Apapun alhamduliLLAH sebelum sahaja saya menjadi ahli majlis pihak MPS telah meluluskan permohonan saya. Terima kasih MPS


Isunya sekarang adalah Lorong Beringin yang sepanjang 1.8km dari jalan utama iaitu Jalan Kuang.

Ia juga menjadi lagenda kerana sudah lebih 20 tahun tidak pernah diturap oleh pihak berwajib. Mungkin dulu kerajaan BN maka lorong ini dianak-tirikan oleh pemerintah.... saya tak boleh kata apa. Tapi kini apakah keadaan ini harus dibiarkan berterusan?



Jalan diperbaiki oleh penduduk sendiri dengan cement konkrit, akibatnya air sentiasa bertakung










Beberapa insiden berlaku, pembonceng motor jatuh terlanggar lopak yang berselerak disepanjang lorong ini. Apakah kita menunggu sampai berita kematian baru mahu bertindak?
Pihak JKKK Kg Chempedak telah mengutarakan perkara ini kepada pihak berwajib seawal Februari 2010 kepada ketua Penghulu, kepada ahli majlis (Tn. Samsuddin) dan YB Rodziah pada 14.5.2010 dan MPS pada 5.7.2010. MPS telah menghantar En. Zariman dari Unit Jalan untuk meninjau masalah. Mudah-mudahan lorong-lorong yang perlu diturap dapatlah disegerakan.


Tuesday 17 August 2010

Lawatan Ahli Majlis Sepanjang Ramadhan

Tn. Hj. Mohamad, Penyelaras DUN Templer

Sepanjang Ramadhan ini telah diatur untuk program ziarah, terawikh dan tazkirah di semua mesjid dan surau dalam Zon 3.

Program bersepadu ini adalah antara Penyelaras DUN, Nazir Mesjid dan ahli majlis.






Terima Kasih Jabatan Kejuruteraan MPS


Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kejuruteraan MPS, khususnya En. Othman , Pengarah Jabatan yang perihatin kepada aduan penduduk di No.31, Jalan 11 Selayang Baru yang mana longkangnya telah runtuh akibat hujan yang berterusan.
Perkara ini telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian baru-baru ini dan saya telah menghubungi pengadu untuk pengesahan. Seterusnya kepada MPS.
Terima kasih.

Monday 9 August 2010

Detik-detik peristiwa


Mengucapkan Selamatberangkat kepada Tn. Hj. Karim yang mengikuti rombongan MAPIM ke Gaza Palestin



Perhimpunan Bulanan MPS, sesi memperkenalkan diri



Liqo'ul Fiqri bersama Datuk Tn. Ibrahim Tn. Man, Naib Presiden Pas


Majlis kesyukuran cucu sulong, Tn. Hj. Ideris




Usrah Gabungan JPrD Kuang

Thursday 5 August 2010

Together we are united


Itulah keputusan kami bahawa ahli-ahli majlis MPS yang mewakili Zon 1 hingga 5 di bawah DUN Templer berikrar untuk bergerak sebagai satu pasukan. Semua isu akan ditangani bersama demi memastikan peranan ahli majlis Pakatan Rakyat benar-benar memberi impak lebih-lebih lagi di saat tempoh PRU 13. Dari kanan: Tn Murugan (Zon 4), Tn. Husnal Az'hari (Zon 1), Tn. HS Lee (Zon 2) dan saya (Zon 3)


Turut hadir dalam pertemuan ahli majlis DUN Templer adalah Sdr. Shafie (Pengarah JPD), Tn. Hj. Muhammad (Penyelaras DUN), Sdr. Mokhtar Rozaidi (Tim. Pengarah JPD) dan Sdra. Ramli Atan (Pembantu YB William Leong)

Tuesday 3 August 2010

Degil


Tanpa mengendahkan arahan MPS serta keluhan JKKK Selayang Indah pihak berkenaan secara menyindir meneruskan pembinaan pada bangunan kekal di atas rizab jalan di Selayang Indah


Tali MPS dipotong tanda melanggar perintah

Saya pernah menyiarkan keratan akhbar Sinar Harian berkenaan bangunan ini (lihat http://selayangku.blogspot.com/2010/07/jkkk-persoal-struktur-binaan.html . Sebagai lanjutan saya juga telah membuat aduan kepada MPS melalui aduan no. AMH/001/2010 yang telah dijawab oleh En. Azmi Ismail (Jabatan Penguatkuasaan).

Saya bersama ketua kampung Selayang Indah meninjau bangunan berkenaan. Alangkah terperanjat saya melihat pihak berkenaan sedikitpun tidak menghiraukan arahan MPS yang mahukan mereka memberhentikan kerja-kerja menyiapkan bangunan berkenaan. Saya melihat seorang pekerja sedang menyiapkan bangunan tambahan.

Maruah MPS sudah dicabar. Apakah ada dalang sehingga empunya bertindak dengan begitu berani.... saya yakin MPS ada jawapan pasti!

Monday 2 August 2010

Undian Tapak Bazar Ramadhan


Sabar menanti giliran mengundi


Kaunter 1 diuruskan oleh tn. Hj. Azizan dan Pn. Zainab


Kaunter 2 diuruskan oleh En. Jumari dan Pn. Eda


Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Tn. Hj. Mustafa

Kelmarin pada jam 2.30ptg saya menghadiri majlis penentuan tapak niaga bazar Ramadhan di Medan Selera Pasar Selayang Baru. Sebanyak 190 tapak gerai telah disediakan oleh pihak JKP Zon 3 yang lalu.

Saya telah meminta para peniaga agar memastikan aspek-aspek perniagaan selaras dengan kehendak Islam. Saya juga meminta mereka memastikan kemuliaan Ramadhan tidak dicemar. Para peniaga mestilah menjaga akhlak seperti menutup aurat, tidak memainkan muzik dan juga menjaga kebersihan tapak.

Saya sempat bertemu dengan pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera, tn. hj. Mustafa dan ketua penggerak Belia Tempatan (PeBT) zon 3 sdra Nurasyraf.

Selesai pengundian tapak saya telah bertemu dengan tn. Hj. Masrom di rumahnya dan meninjau Sekolah Agama di Jalan 26 dan surau tinggi bersebelahan sekolah berkenaan.

Saya bersama dengan tn. Hj. Masrom meninjau tapak bangunan yang diadukan kepada pihak MPS sebelum ini. Ceritanya akan dimasukan selepas ini.