Sunday 10 October 2010

Projek Saliran Bagi Atasi Banjir


Pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) daerah Gombak telah memulakan projek mengatasi banjir bermula dari Jalan 29 Selayang Baru ke Selayang Pandang.

Projek sepanjang 1.5km ini dengan perbelanjaan RM2.4juta bermula pada bulan September 2010 dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan adalah untuk membesar dan mendalamkan lagi longkang-longkang yang sedia ada supaya dapat mengatasi banjir sehingga 100 tahun. Longkang-longkang sedia ada akan diperbesarkan selebar 3m dan sedalam 2m.

Pihak JPS dan kontrektor sedang menjalankan kajiselidik dengan 2 matlamat iaitu mengenalpasti cara kerja yang paling sesuai bagi mengurangkan kerosakan kepada rumah-rumah yang terlibat dan juga menyediakan insuran sekiranya berlaku sebarang kerosakan.

Sehubungan dengan perkara di atas, saya berharap para penduduk yang terlibat dapat memberi kerjasama untuk tidak mendirikan bangunan melebihi keluasan tanah masing-masing. Kajian menunjukan ramai penduduk Selayang Baru telah mendirikan rumah di atas tanah rizab yang termasuk ke bahagian longkang. Untuk kes-kes seperti ini pengorbanan pendududuk yang terlibat adalah diperlukan kerana sebarang kerosakan tidak akan diganti jika para penduduk telah mendirikan tanah di atas rizab jalan. Jika dipertikai dan dibantah maka usaha-usaha mengatasi banjir akan terhalang.

Oleh kerana projek ini hanya melibatkan jalan-jalan tertentu sahaja maka pihak saya sebagai ahli majlis, ketua-ketua kampong dan ketua penghulu telah meminta JPS memberi notis rumah ke rumah dalam tempoh 14hari sebelum kerja-kerja lapangan dilakukan. Perkara ini telah dipersetujui semasa program “Public Hearing” pada hari Ahad yang lalu.

Bagi pihak Jawatan Kuasa Penduduk (JKP) Zon 3 yang telah menjadikan projek mengatasi banjir di Selayang Baru ini sebagai keutamaan mengucapkan rasa syukur kerana pihak penghulu dan JPS juga memberikan perhatian isu yang sama. Harapan saya supaya penduduk memberi kerjasama dan melakukan pengorbanan demi kebaikan bersama.

Saturday 2 October 2010

Open Houses


Kemuncak sambutan adalah di peringkat Pas Kawasan dan DUN Templer. Kehadiran menjangkau 8,000 pengunjung. Turut hadir YB Iskandar Exco selangor, YB William Leong Ahli Parlimen Selayang dan YB Gan Adun Rawang.

Sekumpulan rakan lama saya dari Kepong Ulu yang diketuai oleh En. Chan mengimbas kenangan pilihanraya 1999 yang lalu.




Di DUN Rawang, walaupun tidak seramai mana tetapi cukup untuk mengukuhkan ukhuwah dan perbincangan untuk turun ke Galas demi kemenangan Islam


Anjuran DUN Kuang diadakan di Batu Arang. Sabotaj oleh orang yang takut kebangkitan Islam menyaksikan sebanyak 300 kerusi hilang pada malam sebelum program diadakan. Kerusi kotegensi di bawa dari Markaz lorong Beringin.

Yang menarik sambutan menjangkau 5,000 orang dengan kehadiran 80% adalah orang Cina dan India.... sesuatu yang memberi pertunjuk yang baik....syukur padaMU ya ALLAH




Peringkat JKP Zon 3 - kehadiran melebihi 2,000 orang dan juadah habis dalam tempoh setengah jam




Sinar Harian Betulkan Kenyataan Saya.

Kaji semula isu hasil judi

SELAYANG – Kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin mengatakan wang bantuan hasil judi tidak haram, harus dikaji Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Ahli Majlis MPS, Dr Abdul Majid Hasan berkata, ini tidak bermakna kenyataan berkenaan diterima bulat-bulat pihaknya apabila menyarankan pendapat itu diteliti ketika d Mesyuarat Penuh MPS September, kelmarin.

Menurutnya, beliau menafikan membuat kenyataan berhubung hasil wang berkenaan dapat membantu menyediakan kemudahan rakyat, manakala pendapatan perjudian kepada rakyat miskin beragama Islam tidak haram.

“Semasa membahaskan isu ini, antara ucapan saya seperti tercatat dalam minit mesyuarat, saya memaklumkan ahli majlis meminta supaya MPS menyediakan senarai kedai diberi permit oleh MPS untuk menjual arak mengikut zon.

“Ini supaya ahli majlis berserta dengan Jawatankuasa Penduduk (JKP) dapat mengenal pasti kedai yang mempunyai permit dan tanpa permit sebagai langkah kawalan menyeluruh di kawasan MPS dilakukan,” katanya bagi mengulas artikel ‘Mahu MPS kelola lesen arak’, di Sinar Harian 29 Oktober lalu.

Abdul Majid berkata, dalam mesyuarat penuh itu juga, Yang Dipertua MPS, Datuk Zainal Abidin Azim selaku pengerusi mesyuarat menyatakan kebimbangannya terhadap pendapatan sumber halal dan haram dalam akaun MPS.

Katanya, untuk itu beliau menegaskan MPS mengeluarkan permit kepada premis menjual minuman keras, di mana dengan kata lain pendapatan sumber halal dan haram dalam MPS sudah berlaku dan MPS juga harus mengkaji kenyataan bekas Mufti Perlis dalam hal seperti ini.

“Jadi, saya berharap kenyataan media menggambarkan seperti ahli majlis dan MPS terlalu kemaruk menambah pendapatan dari lesen arak, dan wang ini digunakan untuk orang Islam yang miskin perlu diperbetulkan.

“Kami berusaha bagi memastikan lesen arak dikawal sebaik mungkin dan penggunaannya dijaga sehingga ia tidak merosakkan keharmonian sosial rakyat dalam kawasan MPS,” tegasnya.

Terdahulu, menurut Abdul Majid, beliau tersentuh apabila isu mengawal kegiatan minuman arak diperjuangkan orang bukan Islam.

Katanya, sebagai orang Islam, arak adalah jelas haram dan berikutan itu apabila terdapat ahli-ahli majlis MPS yang bukan beragama Islam berusaha keras untuk mengawalnya, usaha itu amat disokong.

Dalam Mesyuarat Penuh MPS baru-baru ini, sebahagian ahli majlis mencadangkan supaya pengeluaran lesen minuman keras dikelolakan oleh MPS.

Ia berikutan pengendaliannya dilakukan pihak Pejabat Tanah dan Daerah, sejak dahulu hingga kini dikatakan menyukarkan kerja pemantauan penjualan minuman keras itu kepada orang awam, termasuk oleh penjual tidak berlesen.

Sementara itu, Zainal berkata, pasukan khas berkaitan membabitkan polis, Jabatan Imigresen, Pejabat Daerah dan pihak terlibat akan diwujudkan dalam masa terdekat bagi memantau isu berkaitan kawalan jualan arak.

Menurutnya, bagaimanapun bagi cadangan supaya MPS mengambil alih lesen jualan arak, ia boleh disemak semula oleh ketetapan pihak Kerajaan Negeri.