Monday 31 January 2011

Prolog Pasca Sebuah Pilihanraya

Oleh Mohd Sayuti Omar

PEJUANG yang kental dan sejati itu tidak akan mengaku kalah. Istilah kalah atau berundur tidak ada dalam kamus hidupnya. Pejuang tulen melatakkan syahid itu sebagai matlamatnya. Mujahidin tidak pernah membawa kain putih untuk dijadikan bendera. Lilitan perca merah sentiasa mengecapi kepalanya.

Saya selalu mengatakan kemenangan dalam perjuangan bukan mendapat kuasa atau menjadi ketua. Kemenangan sebenarnya ialah mati sewatu kita sedang menghayungkan pedang ke leher musuh.

Belum tentu kita seorang manusia, (muslim) kalau kita mati dalam kuasa berada ditangan. Kuasa kadang kala menjadikan kita alpa, menjadi kita riak ataupun menjadikan kita munafik. Bayangkan kalau kita mati dalam keadaan itu maka hilang fitrah kerinduan kita untuk menjadi insan mutaqim lialamin.


Saya yakin dan percaya para pejuang agama di Tenang tidak akan kecewa dengan kekalahan semalam. Mereka pulang sambil mengibarkan bendera basah untuk dikeringkan di rumah kelak. Mereka akan turun semula untuk meneruskan perjuangan di Merlimau nanti. Hanya beberapa hari di rumah untuk menyembui letih, kemudian mengumpul kekuatan untuk datang (turun) kembali ke gelanggang perang di Melaka.

Kepada pejuang pertugas Pas dari segenap seantero negeri, pulang dan berihatlah mujahidin budiman. Mamah dan kunyahlah apa yang berlaku di Tenang setengang-tenangnya. Cari dan gali kesilapan anda di situ sehingga menyebabkan anda tidak marangkul kemenangan. Dalam menyalahi kezaliman musuh, cuba juga menyalahkan diri sendiri. Dalam konteks ini menyalah dan menginsafi diri sendiri rasanya lebih baik.

Berfikir sejenak mencari kesalahan diri sendiri lebih baik merenung sejam mencari keburukan musuh.

Kepada pejuang agama dan bangsa di Tenang juga tidak perlu bersedih dan bergunda guala. Banjir itu bukan air mata kekalahan, tetapi dicelanya juga ada air mata rahmat. Dalam kekalahan itu Pas masih memiliki sejuring kemenangan. Begitu juga dengan BN dalam kebanjiran kemenangan itu ada juga sejuring kemarau kekalahan.

BN menyedari kenapa mereka menang. Mereka juga menyedari apakah kemenangan itu bermoral atau sebaliknya. Kekesalan, kesenduan dan keinsafan akan hadir pada saat detik nazak menghampiri kita. Waktu itu semuanya sudah tidak ada guna lagi melainkan satu simbolik dan pesan amanat untuk sebuah kehidupan yang lain.

Jadi peristiwa selama lebih seminggu di Tenang biarlah ia berlalu. Segala dendam, marah, kebencian dan kepiluan di antara satu sama lain biarlah ia hanyut bersam arus bajir yang kini sedang menirus. Buangkan semuanya di kuala dan tenggelamkan di tengah lautan.

Ikhwah muslimim dan muslimat di Tenang harus hidup seperti biasa rukun dan damai. Anggaplah pilihan raya sebuah permainan menyenggangi kehidupan yang sibuk, dalam pada itu memberi sedikit kegembiraan. Iya... bila kampung halaman kita dijadikan ruang pesta, keriuhan sebuah sistem, maka adalah kesukaan dan tuahnya.

Segala perselisihan faham kecil, perbalahan kecil, hapuskan, dan berjabat salamlah dengan penuh mesra di antara satu sama lain tetangga untuk berjumpa lagi dalam gelanggang sama selepas ini dalam pilihan raya umum. Penentuan sebenar dan lebih afdal adalah di dalam pilihan raya umum.

Kepada cikgu Mala, mekarlah kamu dihati rakyat. Teruskan perjuangankan dan kuatkan semangat. Kekal kembangkan senyuman sampai kapan. Pilihan raya itu telah meletakkan nama anda dalam arkib sejarah yang ada makna tersendiri. Pilihan raya itu membuka kertas Phd untuk anda menjadi seorang ahli politik hebat di masa depan.

Kepada Azahar Ibrahim pula jangan persia-siakan harapan dan impian rakyat. Anda hanya memiliki masa kuranag setahun untuk melalui ujian sebenar.

Kepada Sallahuddin Ayub selaku pengarah pilihan raya Pas masih ada beberapa hal yang anda harus mempelajari dan menceramtinya untuk muncul sebagai seorang komender perang yang berjaya. Ingat ada sudah melwati dua pengalaman sebagai pengarah.

Salam hormat dan mohon berundur dari bumi Tenang lautan terbentang biru dan bulan akan mengambang atas ubun-ubun bangsa!

Tuesday 25 January 2011

Kenyataan MB berkenaan Usul Pindaan

Dari Facebook Abdul Khalid Ibrahim
Kenyataan Media


Saya ingin menekankan di sini bahawa sidang Dewan Negeri Selangor yang diadakan hari ini bukan sidang tergempar. Mesyuarat ini diadakan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk membincangkan perkara-perkara spesifik, mendesak dan berkepentingan awam. Hari ini Dewan membincangkan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang melibatkan kepentingan awam.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Speaker, Dato Teng Chang Kim dan kakitangan Dewan Negeri kerana berjaya menganjurkan mesyuarat hari ini. Kebijaksanaan dan pendekatan profesional Tuan Speaker telah membimbing satu pembentangan usul yang sihat dan bermanfaat.

Hari ini Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah mencipta sejarah apabila semua wakil rakyat Pakatan Rakyat bersatu menyokong cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor bagi mengembalikan kuasa DYMM Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan tiga pegawai ex-officio yang telah dimansuhkan selepas pindaan Perlembagaan 1993.

Dalam pada itu, semua wakil Kerajaan memberi perbahasan baik dan bernas berkenaan satu isu begitu penting kepada rakyat yang gagal disentuh oleh pentadbiran sebelum ini. Perbahasan Pakatan Rakyat hari telah berjaya memartabatkan kesucian Dewan Negeri Selangor dan Eksekutif.

Ini selari dengan keinginan rakyat Negeri Selangor yang mahukan satu pentadbiran professional bagi dua institusi tertinggi – Dewan dan Eksekutif – yang tidak diamalkan di peringkat Persekutuan.

Dari asas ini, usul hari ini adalah untuk meminda Fasal 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor supaya satu prosedur dibuat bagi pelantikan tiga pegawai ex-officio demi memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan cekap dan sempurna.

Kami kesal dengan keputusan wakil-wakil Umno/Barisan Nasional untuk menolak usul ini. Lebih kesal lagi, Barisan Nasional gagal memberikan hujah-hujah yang konkrit dan berkualiti untuk menolak cadangan pindaan ini. Tiada satu pun soalan atau hujah yang kami kemukakan dijawab dengan baik dan professional.

Jelas, penolakan ini dibuat atas nama politik dan kesetiaan mereka kepada pihak-pihak yang berkuasa di Putrajaya. Sepatutnya sebagai wakil rakyat, keputusan mereka perlulah berdasarkan kepentingan rakyat.

Penolakan usul juga membuktikan bahawa Umno yang sebenarnya tidak menghormati sama sekali institusi Raja-raja Melayu dan tetap menghalang Raja-raja Melayu daripada memainkan peranan yang sepatutnya dalam institusi Raja Berperlembagaan.

Sikap hipokrit pihak Umno kini jelas ternampak dalam rekod mereka yang secara konsisten menafikan kuasa Raja-raja Melayu, terutamanya pada tahun 1983, 1993 dan kini, 2011.

Sidang Dewan hari ini membuktikan pemimpin Umno sebenarnya tidak layak untuk menyentuh soal kedaulatan Raja-Raja kerana belang mereka telah terbongkar. Mereka menuduh Pakatan Rakyat tidak menghormati peranan Raja-raja tetapi sebenarnya Umno yang menghakis kuasa Raja-raja melalui pindaan-pindaan Perlembagaan yang telah dilakukan.

Walaupun kita mungkin tidak berjaya untuk membuat pindaan, majoriti ahli Dewan telah menyokong. Ini tidak akan mematahkan semangat Pakatan Rakyat. Malah, isu ini telah menguatkan lagi tekad Pakatan Rakyat untuk membuktikan kewibawaan kami dan memperolehi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya kelak supaya pindaan ini dapat dibangkitkan semula.

Kami masih berpendirian bahawa DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri berhak untuk memainkan peranan dalam pemilihan 3 pegawai ex-officio demi memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Walaupun pihak Persekutuan nampaknya terus mengenepikan suara rakyat Selangor dan enggan menghormati semangat federalisme atau bertemu setengah jalan, Kerajaan Negeri akan berusaha untuk memastikan pentadbiran negeri akan terus dijalankan dengan baik dan selancar mungkin demi kebajikan rakyat Selangor.

Bersama menjunjung amanah yang diberi oleh rakyat, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menggandakan usaha untuk melaksanakan tugas dan meneruskan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor” yang memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.


TAN SRI DATO SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Saturday 22 January 2011

Nostalgia Tenang


Skuad dari JPrD Kuang, siap untuk berjuang


Tn. Hj. Yusof Bomba, walaupun telah bergelar OKU tetapi tetap gagah memberi sokongan


Bersama ust. Salehudin Nasir YDP Gombak dan Ust. Ramli Sidom pengarah Masjid-masjid Selangor





Wednesday 19 January 2011

Pelancaran Gerak Kerja PRU13


Sebagai Ahli Majlis, saya sedar lantikan saya adalah lantikan politik. Survival Pakatan Rakyat juga adalah menjadi tanggungjawab saya lebih-lebih lagi apabila diamanahkan sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya Kawasan Selayang (JPrK).


Pagi ini seramai lebih 300 petugas parti berhimpun untuk melancarkan gerak kerja pilihanraya PRU 13 yang telah dirasmikan oleh YB Khalid Samad serta ucaputama oleh En. Radhi selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri (JPrN).


Marilah kita bulatkan tekad, memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat kerana ALLAH. Kepada semua petugas yang menjayakan program pelancaran ini saya bagi pihak JPrK mengucapkan jutaan terima kasih.

Tuesday 18 January 2011

Penyampaian Sijil dan Hadiah UPSR & PMR


Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang pada ujian UPSR dan PMR yang lalu. Seramai 60 orang pelajar mendapat keputusan 7A' 8A dan 9A dalam PMR dan 38 orang pelajar mendapat 5A dan 7A dalam peperiksaan UPSR.


Sebagai penghargan, saya berserta JKP Zon 3 telah menganjurkan hari penyampaian sijil dan hadiah kepada pelajar-pelajar berkenaan.


Terima kasih kepada MPS, khususnya Jabatan Perhubungan Awam yang membantu menyediakan sijil-sijil berkenaan.


Terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Mudah-mudahan kerjasama ini dapat diteruskan.

Thursday 13 January 2011

Taklimat dan penauliahan AJK JKP Zon3


Pada Jumaat yang lalu, JKP Zon3 telah diberi taklimat oleh Pengarah Bahagian Perhubungan Awam, En. Mohamad Zin berkenaan peranan dan fungsi jabatan-jabatan yang terdapat di MPS.


Sesi perbincangan juga diadakan bagi mendapat maklumat tepat khususnya berkenaan aduan-aduan yang dikemukakan oleh penduduk di Zon 3


Program disudahi dengan penauliahan AJK yang berkuatkuasa sehingga 31hb. Disember 2011. Bagi pihak JKP Zon3 saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada MPS khususnya En. Zin dan staf bahagiannya.

Sunday 2 January 2011

Harmoninya di Kelantan

Tuan Guru Nik Aziz TGNA selaku Menteri Besar sedang menyampaikan kuliah di pagi Jumaat yang hening.... apakah akan ada MB yang serupa dgnnya di negeri2 lain?


Ribuan manusia khusyuk menimba ilmu di dataran terbuka. Apakah ini juga boleh kita lakukan di Selayang?


Kuliah, kuliah juga tapi bisness go on..

Bersama ust. Saiba, mantan s/u akhbar TGNA yang juga ajk PAS Selayang ketua lajnah tarbiah