Friday, 25 March 2011

YDP Baru


Tahniah dan selamat memulakan tugas kepada Datuk Zainal Abidin Aala yang telah dilantik secara rasminya sebagai YDP MPS yang baru berkuatkuasa dari 16hb. Mac yang lalu. Datuk Zainal sebelum ini bertugas sebagai pegawai daerah di Hulu Langat. Walau bagaimanpun tempoh perkhidmatn YDP ini tidak lama, kerana beliau akan bersara dari perkhidmatan awam tahun depan.

Wednesday, 23 March 2011

Siapa sebenar pelakon video seks DSAI?

Rupanya bukan wartawan saja yang tengok video seks yang riuh itu, tetapi ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul Rabu buat sidang media di ibu pejabat PKR Petaling Jaya dakwa dia pun sudah tengok.

Kalau wartawan dakwa lelaki dalam video tersebut mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, Johari Abdul dakwa sebaliknya.

Pemimpin PKR itu turut mendakwa bekas Ketua Menteri Melaka yang kini Pengerusi RISDA,Tan Sri Rahim Tamby Chik ( gambar) dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ( gambar tengah ditunjuk oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin (kiri) dan Johari (kanan) sebagai mereka di sebalik penganjuran tayangan video seks tersebut.


Menurut Johari, beliau telah ditunjukkan video itu oleh Datuk Shazryl - yang pernah berkhidmat sebagai konsul kehormat Thai di Kedah - pada 21 Mac lalu, di Hotel Flamingo di Ampang, Selangor.

Johari (gambar) mendakwa, turut serta dalam pertemuan itu adalah Rahim.

Sebelum ini, satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip Anwar Ibrahim, dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pagi Isnin lalu.

Kalangan mereka yang menyaksikannya dikatakan mendakwa yakin 200 peratus lelaki yang sedang adakan hubungan seks dengan seorang pelacur China ialah Anwar.

Berikutan itu, Anwar membuat laporan polis dan riuh sana-sini mengenai kesahihan video seks tersebut

Wednesday, 9 March 2011

Pertemuan dengan penduduk Selayang Permai


Satu sesi perbincangan dengan penduduk Selayang Permai telah diadakan pada 25hb. Februari yang lalu.

Diantara fokus utama adalah penerangan tentang pengurusan baru dewan MPS di Selayang Permai dan juga pusat Futsal.

Sesi soal-jawab juga diadakan bagi menjelaskan isu-isu yang berkaiatan dengan JKP dan MPS.

Friday, 4 March 2011

Pertandingan Futsal piala Ahli majlis


Pada 20hb. Februari 2011, JKP Zon3 telah menganjurkan pertandingan futsal piala ahli majlis dengan kerjasama PeBT sdra Norasyraf di Gombak Selangor.

Sebanyak 16 kumpulan telah menyertai pertandingan dan pertandingan berjalan dengan penuh ukhuwah


Tahniah kepada En. Asyraf dan En. Halim yang berkerja keras melaksanakan program ini.

Saturday, 19 February 2011

Sambutan MaulidurRasul Dan Kempen Tutup Aurat

Sempena sambutan MaulidurRasul 1432H, JKP Zon 3 telah bergabung dengan JKKK Selayang Indah menganjurkan program ini.


Kontijen Tadika al-Hidayah

Penyertaan menggalakan dari semua pihak amatlah menggembirakan kami. Persatuan Silat Gayung, Amanah Ikhtiar Malaysia, Kumpulan Qasidah, Tadika, Kumpulan Marhaban dan lain-lain lagi.


Kontijen JKKK Selayang Indah


Perakan berakhir di surau AlHidayah


Kumpulan Qasidah


Kumpulan Marhaban


Kontijen warga Indonesia


Pelancaran kempen tutup aurat anjuran biro Agama JKP Zon 3

Tuesday, 15 February 2011

Pertemuan Dengan AJK Pas


Satu sesi pertemuan ramah mesra telah diadakan antara ahli jawatankuasa penduduk zon 3 dengan pimpinan-pimpinan Pas yang berada dalam zon 3.


Pertemuan ini menerangkan ajk dan aktiviti yang dijalankan oleh JKP Zon 3. Saya juga mahu mendengar kegiatan dan perancangan Pas bagi tujuan penyelaras

Perbincangan juga dilakukan untuk mempergiatkan program bersepadu yang melibatkan semua cawangan.

Friday, 4 February 2011

Pertemuan dengan JKKK Selayang Indah


Satu sesi pertemuan antara JKKK Selayang Indah dengan JKP Zon 3 telah diadakan pada minggu lepas bertempat di surau Al-Hidayah Selayang Indah.

Pertemuan ini bertujuan untuk ramah-mesra disamping bertukar-tukar pandangan berhubung-kait dengan peranan masing-masing.

Tn. Hj. Masrom selaku pengerusi JKKK Selayang Indah telah memperkenalkan saf jawatankuasa dan sesi taarof dilakukan. Beberapa masalah yang ada hubungkaitnya dengan MPS telah dikemukan antaranya:

1. Permohonan supaya MPS mengganti railing pintu pagar padang bola
2. Masalah padang yang selalu banjir kerana air yang bertakung
3. Keadaan longkang yang selalu tersumbat
4. Sampah pukal yang tidak diangkut
5. Sampah yang tidak diangkut secara regular




Saya telah mencadangkan supaya JKKK membuat perancangan tahunan sehinggamana peruntukan dari PKM dapat disalurkan dengan tersusun. Saya juga memaklomkan bahawa semua aduan yang dikemukan telah saya salurkan kepada MPS tetapi dukacita tiada tindakan yang proaktif dari PBT ini. Berkenaan isu kedai di depan pejabat JKKK saya telah memaklomkan kekecewaan saya kepada MPS yang bersifat lidah bercabang, kononnya tidak lagi menyambung permit dan TOL kedai berkenaan sebaliknya meluluskan permohonan apabila dibawa ke mesyuarat OSC.....