Saturday, 24 December 2011

Roboh gerai tanpa notis

Roboh gerai tanpa notis
Oleh : NURULFATIHA MUAH
Tarikh : December 25, 2011
Roboh gerai tanpa notis

SELAYANG BARU – Seorang peniaga kerugian kira-kira RM110,000 apabila gerai miliknya didakwa dirobohkan tanpa notis, walaupun rayuan permohonan menangguhkan perkara dibuat mengikut undang-undang.

Tee Guat Eng, 64, berkata, rayuan permohonan itu dibuat sebaik sahaja permit sementara diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bermula 29 Ogos lalu, dibatalkan selepas tiga hari berniaga di tapak gerai Jalan 6, di sini.

Katanya, permit itu yang sepatutnya tamat tiga bulan kemudian, dibatalkan dengan alasan kawasan itu akan dijadikan taman rekreasi bagi penduduk di situ.

“Sudah empat bulan tunggu, tetapi sehingga hari ini (semalam), saya tidak terima jawapan daripada MPS atau Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PTDG) berhubung rayuan berkenaan, tiba-tiba tapak gerai buah-buahan dan makanan milik saya bersama anak-anak, dirobohkan.

“Sebelum gerai dirobohkan, saya juga minta tempoh masa dua hari daripada Ahli Parlimen Selayang, William Leong, untuk membuka khemah sendiri bagi mengelak peralatan rosak, tetapi permintaan ditolak,” katanya.

Ibu tunggal sembilan anak itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Selayang.

Kira-kira 26 penduduk di sini turut mengadakan demonstrasi sebagai tanda sokongan kepada Guat Eng.

Sementara itu, Ahli MPS, Abdul Majid Hasan berkata, MPS tidak merobohkan gerai itu, sebaliknya dilakukan pejabat daerah atas arahan Leong.

Abdul Majid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Penduduk (JKP) Zon 3 Selayang, mendakwa, isu roboh gerai itu dikaitkan campur tangan politik dalam pengurusan pihak berkuasa tempatan itu.

“Masalah bina gerai sementara itu tiada isu kerana bersifat sementara saja. Pembinaan taman rekreasi di tapak kawasan ini masalah utama kerana hasil mesyuarat MPS dengan beberapa jabatan kerajaan lain baru-baru ini, kami putuskan bahawa ia hanya akan dibina selepas Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Gombak selesai jalankan kerja penyediaan tangki banjir di sini.

“Jabatan Pengairan sendiri pun belum kenal pasti lokasi dan reka bentuk tangki banjir yang ingin dibina. Ia perlukan kos tinggi, tetapi difahamkan, Jabatan Pengairan masih belum pohon bajet dari Kerajaan Negeri. Apa salahnya jika tapak ini digunakan sementara itu berniaga?,” katanya.

Sementara itu, Willian Leong mengesahkan mengarahkan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak merobohkan khemah berkenaan kerana tidak mengikut peraturan.

Bagaimanapun, beliau menyangkal dakwaan menyatakan notis berhubung isu roboh gerai itu tidak diberikan dan menafikan pembatalan permit itu adalah serta merta selepas notis pertama diberikan.

“Mengikut peraturan, pemegang permit sementara hanya dibenarkan membuka gerai menggunakan meja lipat atau beroda dan payung, tetapi peniaga ini buka khemah beroda serta ada tempat makan, ini sudah langgar peraturan sedia ada,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Friday, 9 September 2011

Zainal Keling - Sejarahwan Ular Campur Belut



PROF Ibnu Keling, maaf Zainal Keling (foto) kata menurut fakta sejarah Tanah Melayu (Malaya) tidak pernah dijajah tetapi hanya dinaungi oleh British saja. Perjanjian Pangkor 1847 tidak mencatat dalam perjanjian British akan menjajah Tanah Melayu, sebaliknya ditulis sebagai melindungi.

Saya ingin tanya profesor yang mahir sejarah dan bukan keturunan Melayu asli itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu. Siapa yang mengawal kewangan, hasil bumi serta menjaga keselamatan? Bukankah pihak British. Apakah pengertian dilindingi berbanding dengan dijajah?

Bukankah British melantik suruhanjayanya di negeri-negeri yang bertindak menjadi Pegawai Daerah yang mempunyai kuasa eksekutif? Apakah hanya kerana tidak ada catatan itu maka ia diterima sebagai Malaya tidak kena dijajah atau digoreng oleh British.

Semudah itukah penerimaan dan pentafsiran kita. Bukankah selama 'melindungi' itu penjajah membunuh ramai pahlawan Melayu, seperti Tok Janggut, Tok Sago dan lain-lain. Atau sejarah baru akan ditulis oleh Zainal dan sekutunya akan membuangkan pengikhtiraf mereka dibunuh penjajah itu sebagai penderhaka atau dalam semangat sehari dua ini komunis? Penderhaka dalam konotasi dimaksudkan Zainal Keling itu sebagai komunis?

Apakah tidak timbul di sini British hanya berdiplomasi mencatatkan perkataan 'melindungi' bukan 'menjajah' untuk megabui Melayu dan cendekiwan Melayu bukan asli seperti Zainal? Orang kita mudah mati dan tersimpul dalam sihir bangsa lain apa lagi kalau orang Inggeris. Kita perlu sedar British adalah bangsa yang lebih awal tamadun dan cerdik daripada kita. Tahap diplomasi mereka juga tinggi manakala tahap IQ kita cukup rendah jadi mudah ditipu dan merasa kagum dengan perbuatan mereka.

Bagaimana pula hakikat negara menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun. Kenapa tidak disebut atau Prof Keling maaf Zainal Keling mencadangkan kepada kerajaan ditukar menjadi sambutan hari ditidak dilindungi? Seharusnya beliau menerusi sekutunya sudah lama membuat cadangan dan bantahan apa dilakukan kerajaan itu? Selama Malaysia menyambut hari Merdeka maka selama itulah pemerintah UBN mengikhtiraf bahawa negara ini dijajah oleh British.

Anihnya profeseor ini syok arif mengenai sejarah tetapi kenapa baru bercakap dan mendesak kita tidak perlu merasakan kita dijajah selama 400 tahun. Sepatutnya sebagai ahli akademi, ahli sejarahwan terkenal dan dirujuk menimbulkan ini sejak lama dulu. Tetapi apabila ia disenyapkan ini bermakna nilai atau mutu sejarah yang ada kepada profesor Ibnu Keling ini boleh dipertikaikan. Nilai sejarahnya double standard.

Saya nak ingatkan kalau kita hendak meneruni dan menjadi jaguh dalam satu-satu bidang kita jangan masuk sebelah kaki. Kedua belah kaki kita hendak berada atas tapak atau dasar sama. Jangan siang jadi belut malam jadi ular. Kalau sebelah kaki Zainal dalam Umno dan sebelah lagi dalam sejarah, maka apa-apa juga pendapat dan pandangan anda akan tetap pincang selamanya. Sejarah yang bertentangan dengan partinya akan disembunyikan. Sejarahwan demikian adalah sejarahwan munafik! Sejarahwan belut campur ular.

Mengenali anda dari kesempatan yang pernah ada, saya yakin kalau negara ini berubah anda, cara cakap anda juga akan berubah. Nescaya sebelah kaki anda akan terletak di dasar sebelah sini. Satu masa dulu anda kecam kerajaan pimpinan Abdullah tetapi hari ini anda sanjung kerajaan sama dipimpin Najib. Apakah kerana anda sudah mendapat habuan sebagai guru di UPSI? Begitulah dasar orang menggali sejarah dan politik dari lubang perut sendiri. [wm.kl 4:56 pm 09/08/11]

14 comments:

mohamad said...

Nama pun dah keling. aku cukup phobia dengan nama yang ada bersangkut dengan mamak dan keling. Dari dulu dalam sejarah puak-puak nilah yang menghancurkan melayu, opportunis, lalang dan ada udang disebalik batu. Buat jahat tuduh orang lain. Berbalik kepada sejarah. Siapa yang membuat pengkelasan puak kiri dan puak kanan? Semua pengistilahan itu di pelajari dari imperealis barat. Setiap pejuang rang radikal menentang british selain di cop oleh british sebagai pemberontak di cop pula ahli sejarah cap ayam ( spt Zainal KELING ) sebagai haluan kiri. Mempengaruhi istana mengistiharkan sebagai pemberontak dan penderhaka. Ini semua sebagai satu justifikasi untuk memberi gambaran buruk dan menghancurkan pejuang sebenar. Bukan setakat pada masa zaman penjajah sahaja tapi berusaha pula menanam gambaran jahat ini kepada anak cucu cicit bangsa melayu bahawa pejuang kemerdekaan ini adalah jahat, pemberontak, penderhaka dan kominis. Usaha ini diteruskan oleh waris-waris sundal British seperti UMNO , Pro-prof cap ayam spt Zainal Keling dan dua ekor lagi keling di Universiti Utara dan UiTM, Khoo Kay Kim dan orang politik spr Karpal Singh dan Soi Lek. Tapi ingat tuhan maha kaya. Kalu dulu Firaun amat hebat sehingga tidak ada yang berani mendedahkan kejahatan mereka tapi akhirnya Allah sendiri yang mendedahkan kebenaran pada manusia. Sekarang orang dah sedar selama ini ditipu oleh UMNO dan oleh balacinya spt Zainal keling. Melayu tidak berpecah, mereka bersatu dan ingin bersatu dalam erti kemerdekaan sebenaranya dibawah Parti PAS. Hanya UMNO saja yang me war-warkan melayu berpecah bila mereka sedar orang melayu mula lari. yang tinggal dengan mereka hanya lah jenis makan ditangan, kontraktor dan keluarganya. Melayu yang bijak dan akalnya waras tak terliur pun nak jeling pada UMNO. Marilah sama-sama kita melihat sejarah perjuangan sebenar tok nenek kita. Perjuangan tok nenek kita suci. belum ada UMNO dan belum pun ada kominis mereka telah berjuang untuk mempertahankan daulah wilayah dan islam. Bila British merasakan semakin hari perjuangan orang islam semakin kuat, mereka mencipta parti UMNO untuk menjadi proksi mereka. Nama saja diberi kemerdekaan, hakikatnya semua mereka adalah anak didik mereka. Bacalah siapakah tokoh UMNO masa itu. Adakah mereka pejuang. Mereka hanyalah pengsabotaj pejuang-pejuang kemerdekaan, pembelot. Hasil tipu daya dan pakatan dengan British, pejuang sebenar diinanya dan pembelot diberi kuasa. Samalh yang berlaku diafghanistan, siapa berkuasa setelah Russia tinggalkan bumi syuhada tersebut? itu lah perancangan puak-puak kuffar. Banyakkan membaca supaya professor upahan ini tidak akan dapat meneruskan penipuan nya atas pangkat sebagai proffessor dan premis university tempat dia mentakedarah sebelum mampus.

Jiwa Kacau said...

Melindungi daripada siapa?

marauhirang said...

Mudah nya sifir..kalau macam macam tu semua yang lawan british adalah pengkhianat bangsa melayu...hehehehe

Abu Muhammad Haikal said...

Tak Semua Keling Gila.

GulaiTerung said...

malu malu malu...saya rasa dia ni tak paham maksud penjajahan. nama jer PROF tapi bangap...

http://gulaiterung.blogspot.com

Che Li said...

Memang betul zainal ni anak keling.. buat malu akademia jer.. hujah cam budak tak sekolah..

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Maaflah tuan. Saya pun gatal tangan nak menaip bila baca posting tuan dan mengetahui kenyataan pra sekolah suami guruku masa tingkatan enam dulu.

Betullah, umat Islam di akhir zaman macam buih. Nampak ramai tapi tak bermaya.

U Malays No Otak (UMNO) pernah mendakwa mereka adalah parti Islam terbesar di dunia dan ia mungkin benar kerana jumlah keahliannya mencecah 3.8 juta.

Keahliannya pula terdiri dari mereka yang mempunyai pelbagai gelaran di depan nama masing-masing. Atas kehebatan pemikiran ada yang bergelar prof., dr., drs. dan ir. Ada pula gelaran datang selepas nama mereka sepaerti llb, b.a hons., m.a dan macam-macam lagi. Ada juga mereka yang mempunyai gelaran di depan namanya kerana anugerah.

dari segi jawatan dalam pelbagai bidang, ahli-ahli Umno terdiri dari CEO, Pengerusi Syarikat, golongan teknokrat, pakar itu dan ihni dan berbagai-bagai lagi.

Namun ibarat bukh, kini ahli-ahli UMNO tak punya kekuatan diri langsung. Kalau buih di laut boleh berkecai walau hanya disentuh oleh daun kering, ahli-ahli UMNO kelihatan cukup lemah sehingga mereka menjadi begitu tak bermaya untuk berhujah dengan lawan mereka. Malah mereka sanggup mempertaruhkan kehebatan mereka dengan harga yang begitu murah sehingga mereka hilang daya interlek, hilang kebolehan kepercayaan hujah dan fakta, hilang kredibeliti dan langsung tiada nilai akademik miski pun bergelar Professor.

Menariknya, hanya dengan seorang yang tak punya kehebatan akademik, bukan tokoh profesional apa lagi tokoh koperat, berceramah dengan bahasa kampung dan rock, Mad Sabu (pujaanku sejak tahun lapan puluhan) telah benar-benar membunuh nilai akademik pengampu-pengampu UMNO.

RUMPUT HIJAU said...

Buang masa.Adalah lebih baik kita banyakkan menggali dan mengkaji serta dedahkan sejarah sebenar bangsa sendiri supaya anak cucu tidak ditipu lagi di lain kali.

GulaiTerung said...

Tu yang aku malas jadi Profesor. Aku tahu diri tak berapa cerdik. Kalau tebeng belajar dapatlah Phd, jadi pensyarah ke... kemudian suka bodek sikit macam Zainal Keling Dapatlah jadi Profesor - Profesor Kangkung. Berfikir dengan kepala lutut, melindungi hotak dia, jika segala peraturan orang putih terpaksa pakai, segala hasil bumi dia punggah, anak watan hina papa kedana, apa yang dilindungi british itu.Patut benar jika institusi pengajian tinggi di Malaysia kian corot kerana cendikiawannya selalu keliru. Yang tidak keliru bukan kaki bodek, mana Umno nak kepada orang yang cerdik. Orang Umno ada 2 kategori sahaj, Perama bodoh dan kedua jika tidak bodoh jahat.

rekoder said...

Banyak benda yang aku heran :
1. Sambut merdeka 54 tahun dah utk apa ye? bapa kemerdekaan yg di bagi utk T.Abd Rahman kena tarik balik.
2. istilah "dilindungi" sama aje macam istilah Riba diganti dgn faedah, utk menunjukkan kehallalan sesuatu benda.
3. aku pun heran yg kita dah lama pakai Lord Reid punya undang2 nak buat apa....undang yg tak selari dengan Islam
4. Ini yg paling aku heran...Prof Zainal macam mana dpt title prof jika tahap pemikiran cam nie..betul2 sejarahwan siang belut, malam ular

whusnan said...

british yg kononnya melindungilah yang melucut jawatan dan membuang Raja Abdullah ke Pulau Seychelles dan digantikan dengan Raja Yusuf. Kalau raja melayu pun british boleh buang daerah apa lagi namanya kalau bukan penjajah.

rozman said...

Salam Tuan MSO

Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).

Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.(Baca seterusnya di Wikipedia Melayu : Negara negara Komanwel)

- Kalau itulah pendapat Prof ni...wikipedia pun tipu la....

juan montoya said...

asal kan boleh mengampu umno...kene bodoh dek rakyat pun sanggup.....
ni lah jenama Prof. ameno

anakzaman said...

Tuan MSO,

Inilah salah seorang yang menganggap cerdik pandai sejarah akan mengubah sejarah mengikut masa,anutan politik dan upah.

Dalam berita media parti politik siang tadi sudah kedengaran bahawa teks sejarah politik akan dikaji semula.

Mungkin dimasukkan empat kaum bertungkus lumus terlibat berperang melawan bangsa yang menaung (menurut Zainal Keling) Malaya ketika itu.

Kita akan lihat sejarah 1 Malaysia akan ditulis oleh Profesor-Profesor seperti ini dan di jadikan teks sejarah di sekolah.

Saya tak taulah tuan - melayu hari ini sudah terdesak hendak terus berkuasa sanggup melakukan apa sahaja asalkan bangsa lain menyokongnya.

Sedih saya sampai ke ulu hati, menjengok bangsa melayu menjual sejarah dan mengenepikan agama demi mengejar kepentingan diri dan kumpulannya.

Apakah yang hendak dicari oleh bangsa kita sekarang tuan ?.

Thursday, 18 August 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama MK Land Holdings Berhad


Seramai 30 orang anak yatim telah diraikan bersama kakitangan dan pengurusan MK Land Holdings Bhd sempena majlis berbuka puasa. Hadir sama adalah Tan Sri Mustafa Kamal Pengerusi syarikat ini.

Bagi pihak ahli majlis saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri dan kakitangan MK Holdings Bhd.




My Blog List