Oleh Mohd Sayuti Omar
PEJUANG yang kental dan sejati itu tidak akan mengaku kalah. Istilah kalah atau 
berundur  tidak ada dalam kamus hidupnya. Pejuang tulen melatakkan syahid itu  sebagai matlamatnya. Mujahidin tidak pernah membawa kain putih untuk  dijadikan bendera. Lilitan perca merah sentiasa mengecapi kepalanya.
Saya  selalu mengatakan kemenangan dalam perjuangan bukan mendapat kuasa atau  menjadi ketua. Kemenangan sebenarnya ialah mati sewatu kita sedang  menghayungkan pedang ke leher musuh.
Saya yakin dan percaya para pejuang agama di Tenang  tidak akan kecewa dengan kekalahan semalam. Mereka pulang sambil  mengibarkan bendera basah untuk dikeringkan di rumah kelak. Mereka akan  turun semula untuk meneruskan perjuangan di Merlimau nanti. Hanya  beberapa hari di rumah untuk menyembui letih, kemudian mengumpul  kekuatan untuk datang (turun) kembali ke gelanggang perang di Melaka.
Kepada  pejuang pertugas Pas dari segenap seantero negeri, pulang dan  berihatlah mujahidin budiman. Mamah dan kunyahlah apa yang berlaku di  Tenang setengang-tenangnya. Cari dan gali kesilapan anda di situ  sehingga menyebabkan anda tidak marangkul kemenangan. Dalam menyalahi  kezaliman musuh, cuba juga menyalahkan diri sendiri. Dalam konteks ini  menyalah dan menginsafi diri sendiri rasanya lebih baik.
Berfikir sejenak mencari kesalahan diri sendiri lebih baik merenung sejam mencari keburukan musuh.
Kepada  pejuang agama dan bangsa di Tenang juga tidak perlu bersedih dan  bergunda guala. Banjir itu bukan air mata kekalahan, tetapi dicelanya  juga ada air mata rahmat. Dalam kekalahan itu Pas masih memiliki  sejuring kemenangan. Begitu juga dengan BN dalam kebanjiran kemenangan  itu ada juga sejuring kemarau kekalahan.
BN menyedari kenapa  mereka menang. Mereka juga menyedari apakah kemenangan itu bermoral atau  sebaliknya. Kekesalan, kesenduan dan keinsafan akan hadir pada saat  detik nazak menghampiri kita. Waktu itu semuanya sudah tidak ada guna  lagi melainkan satu simbolik dan pesan amanat untuk sebuah kehidupan  yang lain.
Jadi peristiwa selama lebih seminggu di Tenang biarlah  ia berlalu. Segala dendam, marah, kebencian dan kepiluan di antara satu  sama lain biarlah ia hanyut bersam arus bajir yang kini sedang menirus.  Buangkan semuanya di kuala dan tenggelamkan di tengah lautan.
Ikhwah  muslimim dan muslimat di Tenang harus hidup seperti biasa rukun dan  damai. Anggaplah pilihan raya sebuah permainan menyenggangi kehidupan  yang sibuk, dalam pada itu memberi sedikit kegembiraan. Iya... bila  kampung halaman kita dijadikan ruang pesta, keriuhan sebuah sistem, maka  adalah kesukaan dan tuahnya.
Segala perselisihan faham kecil,  perbalahan kecil, hapuskan, dan berjabat salamlah dengan penuh mesra di  antara satu sama lain tetangga untuk berjumpa lagi dalam gelanggang sama  selepas ini dalam pilihan raya umum. Penentuan sebenar dan lebih afdal  adalah di dalam pilihan raya umum.
Kepada cikgu Mala, mekarlah  kamu dihati rakyat. Teruskan perjuangankan dan kuatkan semangat. Kekal  kembangkan senyuman sampai kapan. Pilihan raya itu telah meletakkan nama  anda dalam arkib sejarah yang ada makna tersendiri. Pilihan raya itu  membuka kertas Phd untuk anda menjadi seorang ahli politik hebat di masa  depan.
Kepada Azahar Ibrahim pula jangan persia-siakan harapan  dan impian rakyat. Anda hanya memiliki masa kuranag setahun untuk  melalui ujian sebenar.
Kepada Sallahuddin Ayub selaku pengarah  pilihan raya Pas masih ada beberapa hal yang anda harus mempelajari dan  menceramtinya untuk muncul sebagai seorang komender perang yang berjaya.  Ingat ada sudah melwati dua pengalaman sebagai pengarah.
Salam hormat dan mohon berundur dari bumi Tenang lautan terbentang biru dan bulan akan mengambang atas ubun-ubun bangsa!
No comments:
Post a Comment