Tuesday 3 May 2011

Surat Terbuka kepada MB Selangor

YAB Dato’,

Assalamu’alaikum.

Pada pendapat saya cadangan mengadakan pilihanraya peringkat negeri PRN secara berasingan adalah silap dan bertambah silap bila dilakukan selepas tahun 2011. Hujjah saya adalah seperti berikut:

Sepertimana YAB sedia maklom bahawa JPN dan SPR telah digunakan oleh BN untuk memastikan PR kalah di Selangor. Mengikut RDPT 2011 suku tahun pertama jelas menunjukan pertambahan ketara pengundi terutamanya di parlimen-parlimen tertentu seperti Kapar 8062, Kuala Langat 6964 dan Serdang 5000. Bagi DUN-DUN pula seperti Bangi 3446, Lembah Jaya 3158, Selat Kelang 3062, Sri Serdang 3011 dan Sijangkang 2856.

Bayangkan YAB Dato’ kalau PRN diadakan tahun 2012. Semua angka ini mesti digandakan 4 kali maka ia akan menjadi:

DUN

Daftar Undi 2009

Daftar Undi 2010

Daftar Undi 2011

Bangi

1,332

3,109

13,784

Lembah Jaya

1,062

2,779

12,632

Selat Kelang

773

2,041

12,248

Sri Serdang

1,602

6,475

12,044

Sijangkang

729

1,984

11,424

Persoalannya mampukah kita berlawan di atas padang yang tak rata?

Kegagalan PAS Terengganu mempertahankan kerajaan negeri dahulu bukan kerana kerajaan PAS tidak melakukan kerja-kerja kebajikan semasa memerintah. Tetapi adalah kerana tangan-tangan yang menambah dan memindahkan pengundi luar ke negeri berkenaan.

Hal yang sama akan berlaku kepada PR Selangor sekiranya kita lambat menjalankan pilihanraya. Jika kita lambat mengadakan PRN kita akan tersungkur. Bukan kerana rakyat Selangor tidak menyokong PR tetapi pengundi-pengundi hantu yang melimpah ke negeri ini.

Begitu juga jika PRN diasingkan dengan PRU dimana PRU dilangsungkan lebih awal berbanding dengan PRN, SPR akan memindahkan pengundi-pengundi yang telah mengundi semasa PRU di negeri-negeri lain ke negeri Selangor. Ini lebih teruk lagi.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, saya memohon YAB Dato’ untuk dengan segera membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan PRN dijalankan secepat mungkin bersama-sama negeri2 yang lain di bawah PR.

Semoga mendapat pertimbangan sewajarnya.

Sekian, terima kasih dan wassalam.

Abdul Majid Hasan

Ahli Majlis MPS merangkap Pengarah JPrK PAS Selayang

1 comment:

  1. Sebab kedua kekejkalahan PR di Selangor - kelemahan berpolitik Tan Sri Khalid sendiri yanga merasa dirinya hebat dan boleh membuat semua keputusan. Sudah sampai masa PAS & DAP menerajui PR Selangor. PKR boleh jadi parti sokongan bersama2 PSM, PRM dll. Kesilapan DSAI adalah melantik indivisu yg cetek ilmu Islamnya dan kurang pengalaman politiknya sbg MB Selangor.

    ReplyDelete