Sunday 10 October 2010

Projek Saliran Bagi Atasi Banjir


Pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) daerah Gombak telah memulakan projek mengatasi banjir bermula dari Jalan 29 Selayang Baru ke Selayang Pandang.

Projek sepanjang 1.5km ini dengan perbelanjaan RM2.4juta bermula pada bulan September 2010 dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan adalah untuk membesar dan mendalamkan lagi longkang-longkang yang sedia ada supaya dapat mengatasi banjir sehingga 100 tahun. Longkang-longkang sedia ada akan diperbesarkan selebar 3m dan sedalam 2m.

Pihak JPS dan kontrektor sedang menjalankan kajiselidik dengan 2 matlamat iaitu mengenalpasti cara kerja yang paling sesuai bagi mengurangkan kerosakan kepada rumah-rumah yang terlibat dan juga menyediakan insuran sekiranya berlaku sebarang kerosakan.

Sehubungan dengan perkara di atas, saya berharap para penduduk yang terlibat dapat memberi kerjasama untuk tidak mendirikan bangunan melebihi keluasan tanah masing-masing. Kajian menunjukan ramai penduduk Selayang Baru telah mendirikan rumah di atas tanah rizab yang termasuk ke bahagian longkang. Untuk kes-kes seperti ini pengorbanan pendududuk yang terlibat adalah diperlukan kerana sebarang kerosakan tidak akan diganti jika para penduduk telah mendirikan tanah di atas rizab jalan. Jika dipertikai dan dibantah maka usaha-usaha mengatasi banjir akan terhalang.

Oleh kerana projek ini hanya melibatkan jalan-jalan tertentu sahaja maka pihak saya sebagai ahli majlis, ketua-ketua kampong dan ketua penghulu telah meminta JPS memberi notis rumah ke rumah dalam tempoh 14hari sebelum kerja-kerja lapangan dilakukan. Perkara ini telah dipersetujui semasa program “Public Hearing” pada hari Ahad yang lalu.

Bagi pihak Jawatan Kuasa Penduduk (JKP) Zon 3 yang telah menjadikan projek mengatasi banjir di Selayang Baru ini sebagai keutamaan mengucapkan rasa syukur kerana pihak penghulu dan JPS juga memberikan perhatian isu yang sama. Harapan saya supaya penduduk memberi kerjasama dan melakukan pengorbanan demi kebaikan bersama.

No comments:

Post a Comment