Tuesday 13 July 2010

Laporan Polis



13hb. Julai 2010

Laporan Polis : Penyalahgunaan dan Penipuan Telefon no. 017-3623934

Adalah saya ABDUL MAJID BIN HASAN no. kad pengenalan 610326**** beralamat di Lot 2894 Lorong Beringin, Kuang, 48050 Rawang. Saya adalah seorang pengamal perubatan Islam di tempat yang sama membuat laporan:

Pada jam lebih kurang 12.00 tengahari hari ini saya menerima panggilan dari kakak saya yang meminta nombor akaun saya untuk memasukan wang sebanyak RM500.00. Kakak saya memberitahu saya kononnya suaminya telah menghubungi saya dan saya telah meminta wang sejumlah berkenaan sebagai bayaran sebelum saya merawat anaknya (anak saudara saya).

Saya menafikan sekeras-kerasnya ada meminta wang berkenaan.

Apabila disiasat, abang ipar saya telah menghantar sms ke 017-3623934 nombor telefon isteri saya NORLEZA BINTI NAMIN No kad pengenalan 641205*****. Isteri saya telah memohon kepada Maxis untuk menukar dari “post paid” kepada “pre-paid” sebulan yang lalu di pejabat Maxis, Pasar Borong, Selayang Baru tetapi sehingga kini belum diluluskan oleh pembekal talian berkenaan. Oleh yang demikian nombor ini telah lama tidak kami gunakan.

Saya telah meminta beberapa rakan untuk juga melakukan sms kepada nombor yang sama, ternyata pengguna berkenaan meminta antara RM300.00 ke RM500.00 di masukan ke akaun Maybank bernombor 162021440449. Apabila saya cuba membuat pembayaran secara on-line akaun ini dimiliki oleh seorang yang bernama MOHAMMED FADZIL BIN (Lihat lampiran).
Saya mengesyakki pemegang no. telefon ini telah mendapat wang yang banyak dari orang ramai dan saya dituduh sebagai penipu dan lintah darat. Ini akan menjatuhkan maruah saya sebagai pengamal perubatan Islam terutama sekali apabila pusat rawatan saya tersiar dalam rancang tv Astro 2 minggu yang lalu.

Saya dengan ini menegaskan bahawa saya tidak bertanggungjawab atas kehilangan dan penipuan wang yang dilakukan oleh pemilik no. telefon ini. Saya meminta pihak polis menyiasat dan melakukan tindakan selanjutnya demi menjaga kepentingan semua pelanggan perkhidmatan rawatan saya.

Yang benar,


Abdul Majid Bin Hasan
610326******

1 comment:

  1. Salam

    Sesiapa yang telah tertipu sila hubungi saya dengan kadar yg segera.

    ReplyDelete