Friday 9 July 2010

Watikah Sebagai Ahli Majlis


Pada malam tadi suatu majlis penyerahan watikah sebagai perlantikan ahli majlis bagi semua bakal penjawat ahli majlis dari PAS Selangor di Hotel De Palma Ampang. Seramai lebih kurang 70 orang ahli Pas telah disenaraikan sebagai ahli majlis di 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluroh Selangor. Ini merupakan 20% dari keseluruhan ahli majlis PBT negeri Selangor. Maknanya PAS hanyalah minoriti dalam pentadbiran PBT.

Majlis penyempurnaan watikah telah sampaikan oleh Dato' PJ Dr. Hasan Ali, yang antara lain menggambarkan bahawa ahli majlis adalah kerajaan ketiga setelah kerajaan pusat dan negeri. Dato' juga memperingatkan agar ahli majlis berperanan semaksimum mungkin sehingga ahli yang minoriti ini menjadi majoriti dalam kerja-kerja PBT. Beliau berharap ahli majlis membuat kajian dalam semua aspek bagi mencapai tujuan ini.



Sebelum program ini, saya telah dipanggil oleh pihak MPS untuk mengisi borang dan penyerahan gambar sebagai ahli majlis. Saya dimaklumkan bahawa majlis angkat sumpah akan diadakan pada 14hb.Julai dan pertemuan dengan MB pada 20hb. Julai ini.

Maka selepas detik ini, saya mula memegang amanah ini. Pada MU ya ALLAH hambamu memohon kemudahan dan keberkatan sepanjang memegang amanah ini.

Kepada pucuk pimpinan PAS kawasan dan negeri yang telah memberi kepercayaan kepada saya, jazakALLAH, pandu dan bantulah saya dalam mewakili amanah jemaah ini.

No comments:

Post a Comment