Angkasanuri
Saya merasakan tanda-tanda pembubaran parlimen lebih awal dari tempoh sepatutnya pada tah
un 2012 semakin nyata. Isu-su dalam negara tidak memungkinkan Umno-BN boleh bertahan sehingga 2012.
Kes  penyiasat persendirian dalam isu Altantuya yang kini disiasat polis  Peranchis bakal menggegarkan politik dalam negara dan antarabangsa . Ada  sesuatu yang bakal diumumkan oleh pihak berkuasa Peranchis tentang  hasil siasatan kaitan skandal dan penyelewengan yang berlaku dalam isu  pembelian kapal selam yang didakwa melibatkan kepimpinan tertinggi  negara.
Serangan  media massa melalui cetak dan elektronik yang sentiasa menipu dan  mengampu mengingatkan saya inilah senario yang selalu berlaku apabila  pilihanraya umum semakin hampir. Apa yang dilakukan menunjukkan Umn0-BN  cukup kemaruk dan terdesak untuk mengekalkan sisa-sisa kuasa yang  tinggal.
Perbicaraan Dato Seri Anwar Ibrahim yang semakin menuju  ke kemuncaknya akan menjadi 'tali hayat' Umno untuk menyerang Pakatan  Rakyat. Saya yakin ramai yang sudah dapat menduga keputusannya. Dalam  keadaan segala saksi dan bukti cuba disembunyikan serta pelbagai  kepincangan lain dalam perbicaraan semua menjurus untuk mengheret DSAI  sekali lagi ke Sungai Buloh. Ikat jamin akan dinafikan, DSAI akan diaib  dan dimalukan secukupnya. Pakatan Rakyat akan diserang habis-habisan.  Itu situasinya, maka ketika itu parlimen akan dibubarkan.
Banyak  lagi lagu lama dan gendang pilihanraya mula dimainkan oleh Umno-BN.  Walau bagaimanapun saya cukup optimis rakyat cukup matang untuk menilai  dan memilih pemimpin mereka. Pakatan Rakyat kini berada dalam situasi  yang cukup bersedia berhadapan dengan segala kemungkinan, serangan dan  taktik kotor Umno-BN.Jika kerjasama dan perpaduan dalam Pakatan Rakyat  dapat dikekalkan, momentum sokongan rakyat dapat dipertahankan saya rasa  tidak mustahil walaupun agak sukar untuk merealisasikan misi menawan  Putrajaya akan menjadi kenyataan.
http://angkasanuri.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment