Pada July 2006, Akta  Industri Perkhidmatan Air (WSIA), 2006 dan Akta  Suruhanjaya  Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2006 telah diperkenalkan dan  diluluskan  oleh Parlimen bertujuan menstruktur semula pengurusan air dan   menguatkuasakan pengurusaan industri air bagi seluruh Malaysia dengan   diletakkan sepenuhnya di bawah Kerajaan Persekutuan. Dengan kata lain   berlaku pemilikan semula industri air sekaligus pengakuan bahawa   penswastaan air telah gagal dan keajaan akan membuat ‘bailout mega’   kepada konsesi air.
SPAN sebagai badan mengawal-atur, memantau dan mengawalselia   perkhidmatan air, bertanggungjawab menguatkuasa undang-undang   berhubungan dengan perkhidmatan air dan pembentungan. Peranan utama SPAN   adalah untuk mengeluarkan lesen dan  menasihat Menteri dalam urusan   penetapan tarif dan mekanisme berkesan untuk perlaksanaan tarif.
WSIA melalui sebuah syarikat pengurusan airnya Perkhidmatan Aset Air   Berhad, PAAB akan memiliki kembali seluruh (membeli) aset-aset pihak   swasta and negeri (pembentungan, loji rawatan dll) dan kemudian   menyewakannya atau memajaknya kembali kepada pihak negeri atau syarikat   swasta dan diberi lesen untuk mengendali seluruh pengurusan industri  air  termasuk pengagihan pembekalan air di negeri-negeri.
Kesemua asset-aset air di Semenanjung Malaysia akan dipindah-milik   kepada PAAB sebelum hujung tahun 2009 dengan anggaran pembelian semula   oleh kerajaan dengan harga RM15bn. Aset-aset air dipajak atau disewa   (lease) kepada syarikat swasta dan kerajaan negeri yang akan diberikan   lesen untuk beroperasi. PAAB juga bertangungjawab untuk membantu   mendapatkan dana kepada pihak yang mengoperasikan industri air khususnya   bagi membiayai perbelanjaan capital (capex).
Sehingga dewasa ini, PAAB telah mencapai dua pengambilalihan asset  dan  melesen dua kerajaan negeri iaitu Melaka dan Negeri Sembilan dengan   jumlah pembelian RM2.1bn.
Dengan dua negeri (2) yang telah ditawan, PAAB punya sembilan (9) lagi yang perlu dilakukan perundingan dan pengambilalihan.
Namun berdepan dengan situasi di Selangor, ia jelasnya tidak semudah   dengan 2 negeri di bawah BN. Apakah kerana Selangor di bawah Pakatan   Rakyat (PR) ataukah banyak lagi perkara yang rakyat dan umum tidak tahu   atau lebih tepat lagi tidak mahu diberitahu? Penulisan ini bertujuan   untuk mendedahkan kepada rakyat banyak perkara yang tidak dilaporkan   oleh media kawalan BN.
Penswastaan air Selangor bermula pada tahun 1996 di bawah  Pemerintahan  Tun Mahathir. Konsesi yang cukup mewah (profitable)  dianugerahkan  kepada pihak yang punya hubungan rapat dengan kuasa  Eksekutif (di baca  kroni) tetapi tidak punya kepakaran jauh lagi  mempunyai trak rekod yang  baik tentang pengendalain industri.
Akibatnya 1.5 juta rakyat di Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya   menghadapi pelbagai masalah termasuk kualiti air, kelewatan mendapat   perkhidmatan yang, denda penyambungan yang tinggi (RM50 selepas   berbanding RM10 sebelum penswastaan) serta tariff yang tinggi. Pemilik   konsesi air turut mendapat pinjaman dan geran dari kerajaan.
Kini, 4 pemilik konsesi menghadapi kekurangan aliran tunai dan   menanggung hutang sejumlah RM6.4 bn; Syabas sebanyak RM2.9 bn, Puncak   Niaga RM1.3 bn, Splash sebanyak RM1.6 bn dan ABASS masih berhutang   sebanyak RM600 juta. Justeru itu, sukar untuk ditolak dakwaan bahawa   setelah kerajaan memberikan konsesi yang lumayan dalam pusingan pertama   dulu semasa penswastaan, kini kerajaan akan lakukan sekali lagi   ’pemberian mewah’ kepada ’kroni mereka’ dalam pusingan kedua   penstrukturan industri air.
Inilah amalan urus-tadbir korporat yang sangat berat sebelah  sekaligus  merosakkan pengurusan khazanah negara, di mana keuntungan  diswastakan  sementara kerugian dihakmilikkan negara dan ditanggung oleh  rakyat dan  pembayar cukai.
Bagi mengingatkan proses penstrukturan semula air di Selangor,  Kerajaan  Pusat telah mengizinkan Kerajaan Selangor bagi memulakan proses   perundingan pembelian semula asset-aset air milik 4 konsesi air di   Selangor yang kemudianya akan dikonsolidasi untuk dijual kepada PAAB.   Aset-aset ini akan dibeli atas dasar jual-beli yang saling redha   (willing-buyer-willing seller).
Sebuah Panel Perunding telah ditubuhkan oleh kerajaan Selangor bagi   tujuan membuat penaksiran seluruh asset-aset air pemegang 4 konsesi air   (valuation of assets). Satu tawaran berjumlah RM5.7bn telah dimajukan   kepada kesemua pemilik konsesi pada 13 hb Februari, 2009. Syarikat   Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) ditawar RM2.0 bn.   PuncakNiaga Holdings’s melalui syarikatnya PNSB dan Syarikat Bekalan Air   Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang dimilikki 70% ditawarkan sejumlah   RM3.1bn. Selebihnya adalah bayaran kepada Konsortium ABASS Sdn Bhd.    Kerajaan Selangor sendiri memilikki lebih dari 80 peratus asset-aset air   di Selangor.
Kerajaan Selangor meyakini bahawa tawaran tersebut adalah menasabah  dan  mengambil kira segala terma dan syarat perjanjian konsesi dahulu.   Tawaran perolehan dibuat kerajaan negeri ini telah mengikut satu   metodologi penilaian berdasarkan nilai asset (asset value) tolak segala   penyusutan nilai (depreciation) sehingga tarikh Disember 2007.
Umum perlu dimaklum bahawa Kerajaan Selangor terkejut dengan tawaran   balas yang memintas usaha mereka, apabila SPAN melalui PAAB ingin   memulakan perundingan langsung dengan pihak konsesi air pada tarikh 18hb   Februari. Lebih malang lagi kerajaan negeri dimaklumkan bahawa jumlah   harga yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan Pusat dikatakan adalah   sebanyak RM21bn.
Apakah keseluruhan penstrukturan ini akan meletakkan akhirnya rakyat   dan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terbeban dengan   tariff yang tinggi nanti? Rakyat Pulau Pinang kini di kenakan tariff   sebanyak RM0.37 setiap meter kubik sementara di Selangor pengguna di   kenakan RM0.77 setiap meter bubik. Kerajaan Selangor berazam untuk   menurunkan tariff ini sebanyak 10% tahun 2009 kepada RM0.69 dan   seterusnya 20% dalam tahun 2011 dan 25% dalam tahun 2013. Dasar   membekalkan air percuma 20 meter kubik akan diteruskan.
Apakah Kerajaan Persekutuan akhirnya akan memberikan lesen kepada  pihak  swasta, samada Syabas atau Puncak Niaga untuk mengurus seluruh   industri air di Selangor ini? Apakah Kerajaan Selangor akan   dipinggirkan?
Apakah penstrukturan semula air ini akan menyaksikan rakyat terus   dibeban dengan tariff yang tinggi dan bayaran yang mewah diberikan   kepada konsesi yang dulunya telah pun mendapat laba yang besar?
Apakah ini caranya supaya Puncak atau Syabas dapat membayar CEOnya   dengan gaji berjumlah RM5.1juta setahun atau RM700,000 sebulan seperti   yang didedahkan oleh media baru-baru ini?
Apakah ini caranya Kerajaan Umno/BN mahu ’menghukum’ segala salahlaku   Syabas dengan segala kemungkiran seperti melakukan lebih dari 70%   tender mereka secara tidak tender terbuka, berlawanan dengan perjanjian   konsesi, percanggahan nilai kontrak sebanyak RM325 juta semasa   pengauditan, pengubahsuaian melebihi had sebanyak RM23.2 juta dari yang   dipersetujui kerajaan Pusat?
Cukuplah dengan penswastaan air yang gagal pada pusingan yang  pertama,  seperti kegagalan penswastaan IWK, MAS Putra-Star LRT dll.  Namun  seandainya Kerajaan Pusat mahu juga meneruskan urus-tadbir buruk  ini  dan meneruskan pendirian untuk ‘menghadiahkan’ pihak swasta lesen   mengurus air di Selangor ini, maka tunggulah datang masanya apabila   rakyat pula akan membuat hukuman muktamad seperti yang disaksikan dalam   tsunami politik yang melanda mereka dan seterusnya pada P/raya kecil di   Permatang Pauh, di Kuala Terengganu dan sedikit waktu lagi di 3 Bukit   Pertarungan!
Akhirnya rakyat akan menghukum mereka di PRU ke-13 secara pukulan maut!
Dr Dzulkefly Ahmad,
MP Kuala Selangor dan Ahli Panel Review Air Selangor.      |         |   
Cara Aborsi Menggugurkan Kandungan Usia 4 Bulan
                      -
                    
Bagi anda yang sedang bingung dan sudah kesana kemari dan banyak keluar 
biaya untuk membeli produk Obat Aborsi untuk pengguguran kandungan anda, 
namun tak ...
8 years ago
Tahniah kepada kesungguhan kerajaan Selangor.
ReplyDeleteSaya ingin bertanya,apakah bukti yang mengatakan bahawa Puncak tidak memiliki keupayaan dan kepakaran pengurusan air sehingga Dr Dzulkefly sanggup mendakwa bahawa ia diberikan kepada kroni? Adakah YB Kuala Selangor jurusan toxitation yang bercakap soal ekonomi ini mempunyai latar belakang ekonomi yang baik?
Semestinya Dr Dzulkefly juga belajar ekonomi juga kan? Begitu juga Puncak yang outsource kepakaran daripada luar dan melantik pakar-pakar pengurusan air untuk memantapkan Puncak dan SYABAS sendiri.
Kedua, saya ingin meminta penjelasan, adakah wajar tawaran RM3.1 bilion diberikan kepada PNSB dan SYABAS yang memiliki aset yang besar dan annual turn over yang tinggi? Berapa pula PR Selangor beli hutang TALAM pula yang tidak tahu pun berapa pula keuntungan yang diraih oleh PR Selangor selepas ini.
Bilalah agaknya penstrukturan air ni nak selesai. Kerajaan PR Selangor tak perlu buat roadshow besar-besaran nak buat penstrukturan air ni. Buat je keje tu sampai berjaya.
ReplyDeleteIni tidak, dok kempen seluruh Selangor kerja tak jalan2 lagi..Lembab bertindak akhirnya menjadi punca besar kelemahan Khalid terutamanya apabila PR gagal di Hulu Selangor.
Aku risau klu lembab selesai, korang jgn nak melalak masa kempen PRU nanti. Aku benci dengan politiking berlebih-lebihan.